AIDILADHA sepatutnya menjadi hari yang penuh bermakna untuk mengeratkan hubungan silaturrahim, namun tidak semua momen berakhir dengan indah.
Walaupun hanya dalam bentuk kata-kata yang diluahkan terhadap seseorang, siapa sangka ia mungkin meninggalkan impak yang cukup terkesan dalam hati.
Demikian dengan luahan yang dikongsikan seorang wanita di laman sosial apabila penampilannya menjadi mangsa hinaan bapa saudara.
Hari raya sepatutnya digunakan untuk merapatkan ukhwah sesama keluarga. -Gambar hiasan
"Family buat korban jadi saya pakai blouse memandangkan nak uruskan daging. Saya memang dah biasa full face make-up.
"Seorang pakcik saya ni, sebelum ini pun memang selalu dah keluar remarks menghina. Tapi hari ni saya rasa lebih marah sebab dia cakap make-up saya tebal.
"Saya tahu sepupu-sepupu saya yang lain bare face je. Tapi kulit mereka cantik. Saya tak rasa yakin tanpa make-up. Tapi at least beli guna duit sendiri," tulisnya.
ARTIKEL BERKAITAN:“Kalau 70kg pun, ada masalah ke?” - Pelajar praktikal sakit hati bos asyik ‘body shaming’, hina bentuk fizikal staf
ARTIKEL BERKAITAN:Pergi kenduri, wanita terkedu dihina gemuk oleh individu tak dikenali - “Makcik mulut puaka is real”
Bukan sekadar itu, apa yang membuatkan hatinya 'panas' adalah apabila lelaki tersebut turut melontarkan ayat berbaur sindiran di hadapan ahli keluarganya yang lain.
"Hanya kerana saya tak secantik sepupu-sepupu saya yang lain, tak bermaksud saya tiada hati.
"Kenapa ada orang suka melemparkan kata-kata yang menyakitkan hati orang lain?
Kena downgrade dengan mak saudara dan mak saya sendiri sebab bersiap cantik-cantik. Sumpah tak faham
NETIZEN
"Siap perli kata... tahan ke make-up nak hadap cuaca panas ni, mesti excited nak cairkan make-up. Senyaplah pakcik!" tulisnya lagi.
Menjengah ruangan komen, ramai dalam kalangan netizen memberi kata semangat kerana memahami perasaan individu berkenaan lantaran pernah melalui situasi serupa.
Netizen memberikan kata semangat buat individu berkenaan.
"Saya pernah kena. Makcik belah husband cakap saya dah makin gemuk, makin sihat. Saya masa tu tengah makan terus terbantut selera.
"Dulu saya pun kena macam ni. Direndah-rendahkan, Saya dipanggil gemuk, hodoh dan bodoh. Kemudian saya tak balik kampung, putuskan hubungan dengan orang macam ni.
"Saya kena downgrade dengan mak saudara dan mak saya sendiri sebab bersiap cantik-cantik. Sumpah tak faham," demikian antara komen netizen.


