suria

Sejuk hati lihat gelagat ‘ustaz daddy’ ajar anak mengaji, kagum dengan keluarga bahagia Fattah Amin

Momen Fattah mengajar Fatima (kiri) mengaji mendapat perhatian ramai.

TINDAKAN penyanyi Amira Othman berkongsi foto suaminya, pelakon Fattah Amin mengajar anak mengaji mengundang pelbagai reaksi netizen. 

Menerusi perkongsian tersebut, Amira atau Nadia Amira Othman, 33, dilihat memuat naik momen mesra yang memperlihatkan Fattah bersama anaknya, Nur Fatima Aisya, 6, menjalani sesi pembelajaran mengaji.

Hantaran itu mencetuskan suasana positif di ruangan komen, apabila rata-rata netizen memuji cara keluarga tersebut mengamalkan gaya hidup berteraskan nilai agama.  

Netizen memuji cara Fattah mendidik anak.

Netizen memuji cara Fattah mendidik anak.

"Ini apa yang saya bayangkan bila mereka bersama di rumah. Keluarga yang indah, solat sama-sama, menghabiskan masa bersama untuk mengeratkan hubungan. 

"Tak sabar nak tengok adik baby (anak Amira) sertai daddy (Fattah) dan kakak Fatima sekali nanti. Semoga terus istiqamah jadi bapa terbaik untuk anak-anak," tulis netizen. 

Sebelum itu, Amira turut berkongsi foto Fatima yang lengkap berpakaian telekung ketika belajar mengaji bersama bapanya.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Amira Othman umum hamil, bakal timang anak pertama Jun depan

ARTIKEL BERKAITAN: Fattah Amin tak sangka Fatima ada bakat menyanyi

Kata Amira, Fatima menggelarkan Fattah sebagai 'ustaz daddy'. 

"Fatima cakap ni ustaz daddy. Cute betul," katanya. 

Untuk rekod, Amira mendirikan rumah tangga dengan Fattah pada 14 September 2025. 

Fattah (kiri) bakal menyambut kelahiran anak pertama bersama Amira.

Fattah (kiri) bakal menyambut kelahiran anak pertama bersama Amira.

Pada 30 April lalu, Amira berkongsi khabar gembira mengesahkan dia kini sedang hamil anak sulung yang dijangka bersalin pada Jun ini. 

Fattah sebelum itu pernah bernikah dengan pelakon Fazura pada 27 November 2017 dan disahkan bercerai talak satu pada 7 Oktober 2024.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Fatima Aisya, 6 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain