suria

Fattah Amin tak sangka Fatima ada bakat menyanyi

Fattah (kanan) memuji nyanyian Fatima (kiri) duet bersama Fazura.

PELAKON Fattah Amin tidak menyangka anak perempuannya, Nur Fatima Aisya mempunyai bakat nyanyian apabila merakamkan lagu duet berjudul Raya Pum Pang Lagi bersama bekas isterinya yang juga aktres Nur Fazura. 

Fattah atau Abdul Fattah Mohd Amin, 36, memuji kecomelan nyanyian anaknya dan meluahkan rasa syukur kerana menerima reaksi positif daripada pendengar. 

"Dia memang comellah. Saya memang tak sangka anak saya boleh rakam sebuah lagu duet dengan mommy (Fazura). Cutelah. 

Fattah (kiri) sentiasa menyokong minat anaknya.

"Saya tengok ramai juga yang suka. Alhamdulillah tak sangka dia ada bakat menyanyi," katanya kepada mStar. 

Dalam pada itu, Fattah tidak menafikan Fatima pernah menunjukkan minat menyanyi tetapi kebanyakannya lagu kanak-kanak. 

Kata Fattah, dia sentiasa menyokong minat Fatima sekiranya ia memberi kegembiraan buat anaknya itu. 

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Fazura kecewa Fatima dicerca sejak lahir, terima panggilan bukan-bukan… “Siapa lagi mahu bersuara kalau bukan saya”

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Fattah Amin tegur komen negatif ketika ‘live’, minta hormati usaha cari rezeki

"Dia memang kadang-kadang suka menyanyi lagu kanak-kanak. Lagu-lagu macam itu ada saya dengar dia humming dalam kereta. 

"Memang nampak dia suka menyanyi tapi saya pun tak sangka sampai rakam lagu.

"Asalkan Fatima gembira saya okay saja. Sebagai ayah sudah tentu saya pun tumpang gembira," ujarnya. 

Untuk info, Raya Pum Pang Lagi merupakan versi baharu bagi lagu raya nyanyian Fazura dan Syasya Rizal yang dilancarkan pada tahun lalu. 

Fatima (kanan) merakamkan lagu Raya Pum Pang Lagi bersama Fazura.

Untuk rekod, Fattah pernah mendirikan rumah tangga dengan Fazura pada 27 November 2017 dan disahkan bercerai pada 7 Oktober 2024. 

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Nur Fatima Aisya yang kini berusia 6 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain