PENYANYI Syasya Rizal berkongsi rasa teruja apabila buat kali pertama terlibat secara langsung dalam penulisan lagu Inikan Hari Raya. Syasya atau Norsyasya Afiqah Shahrizal, 25, berkata lagu tersebut begitu istimewa kerana ditulis daripada hatinya sendiri. Menurut Syasya, dia juga bersyukur kerana dapat bekerjasama dengan komposer Amirul Azhar dan Amir Firdaus yang banyak memberikan tunjuk ajar. Syasya menulis lagu Inikan Hari Raya khas buat peminat tersayang.“Mesej yang disampaikan dalam lagu ini benar-benar datang daripada hati Syasya sendiri kepada para peminat. "Proses menulis bersama Amirul Azhar dan Amir Firdaus juga sangat menyeronokkan kerana mereka banyak membimbing tentang bagaimana membina melodi, emosi dan cerita dalam sebuah lagu,” katanya. Bercerita tentang makna Aidilfitri, Syasya berkata perayaan ini bukan sekadar kemewahan atau penampilan, tetapi rasa syukur yang tulus.ARTIKEL BERKAITAN: Syasya Rizal lancar lagu dengan Fazura, tunjuk wajah anak dalam muzik videoARTIKEL BERKAITAN: Serasi dalam ‘Raya Pum Pang’, gabungan suara Fazura dan Syasya dipujiMenurutnya, lagu Inikan Hari Raya mengingatkan bahawa kebahagiaan perayaan datang daripada menghargai apa yang ada, bukan sekadar menampilkan kemewahan.“Bagi Syasya, hari raya sebenarnya sangat dekat dengan rasa syukur. Kadang-kadang bila kita tengok di media sosial, raya nampak macam semuanya perlu besar dan sempurna, baju banyak pasang, rumah cantik, semuanya nampak mewah. "Tapi realitinya tak semua orang sambut raya dengan cara macam itu. Raya bukan tentang apa yang kita tunjuk, tapi tentang siapa yang masih ada di sekeliling kita. "Lagu ‘Inikan Hari Raya’ ini sebenarnya macam satu peringatan lembut bahawa kebahagiaan raya tak semestinya datang daripada kemewahan, tetapi daripada rasa cukup dan menghargai apa yang kita ada,” ujarnya. Bagi Syasya sambutan Aidilfitri kali ini lebih bermakna kerana bakal disambut bersama suami dan anak-anak. Syasya (kanan) teruja menyambut Aidilfitri bersama suami dan anak-anak.“Sekarang raya terasa lagi berbeza sebab Syasya dah ada keluarga sendiri. "Ada suami di sisi dan sekarang ada dua bayi comel Obot dan Obit yang buat suasana raya itu jadi lebih hidup. Bila ada anak, kita mula sedar bahawa raya bukan lagi tentang kita, tapi mula cipta memori raya untuk mereka pula. "Jadi itulah sebenarnya makna raya yang paling indah," katanya. Inikan Hari Raya kini boleh didengarkan di semua platform penstriman digital.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube