Fattah (kanan) tidak mahu memberi perhatian kepada segelintir netizen yang sering melemparkan kecaman.
PELAKON Fattah Amin berharap orang ramai tidak melemparkan kata-kata negatif terhadap dirinya dan isteri iaitu aktres Amira Othman terutama ketika mereka sedang berusaha mencari rezeki.Fattah atau Abdul Fattah Mohd Amin, 36, berkata dia pernah berdepan situasi kurang menyenangkan apabila terdapat komen tidak wajar muncul ketika sedang melakukan siaran langsung. Kata Fattah, dia memilih untuk menegur secara terbuka supaya orang ramai memahami situasi sebenar.Fattah mohon netizen berhenti daripada bercakap buruk sewaktu mereka sedang mencari rezeki."Ketika itu saya sedang membuat siaran langsung untuk menjual barang dan mencari rezeki. Tiba-tiba ada komen yang tidak sepatutnya muncul. Kebanyakannya pula daripada akaun palsu. "Saya hanya menasihatkan mereka bahawa ruang siaran langsung itu adalah untuk berniaga dan berinteraksi dengan pelanggan serta peminat. Ia bukan untuk menulis perkara yang tidak baik. Jika ingin berkata perkara negatif, carilah ruang lain," katanya kepada mStar. Fattah berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media program Raya Astro 2026 yang diadakan di Hotel Pavilion, Kuala Lumpur pada Khamis.Dalam pada itu, Fattah memberitahu dia memilih untuk menegur secara terbuka supaya orang ramai memahami situasi sebenar, lebih-lebih lagi ketika bulan Ramadan yang sepatutnya dipenuhi dengan perkara baik. ARTIKEL BERKAITAN: Sabar dan ikhlas, Fattah Amin sentiasa bersangka baik… Amira Othman puji keperibadian suami ARTIKEL BERKAITAN: Amira Othman minta ruang kongsi dakwaan berbadan dua… “Meskipun jadi ‘public figure’ kita pun ada kehidupan macam orang lain”"Saya bercakap secara terus terang supaya orang faham. Tambahan pula kita dalam bulan puasa, sepatutnya kita bercakap perkara yang baik. Kadang-kadang memang perlu bercakap secara terus kerana jika berkias, ada yang tidak faham."Kalau ada yang menggunakan akaun palsu untuk menulis perkara negatif, itu terpulang kepada mereka. Itu antara mereka dengan Tuhan. Kita hanya boleh menasihatkan dengan baik saja. "Sebagai manusia biasa, kadang-kadang kita memang terasa dengan kata-kata orang. Tetapi apa yang boleh kita lakukan hanyalah bersabar," ujarnya. Ditanya sama ada Amira pernah meluahkan rasa sedih atau kesal dengan tindakan segelintir warganet yang tidak beradab di media sosial, Fattah berkata dia sering menasihati isterinya itu agar terus bersabar. Setakat ini Amira tidak sampai menangis atau mengadu secara berlebihan.FATTAH AMINPELAKON"Saya selalu berpesan kepada Amira supaya bersabar. Allah menyukai hamba-Nya yang bersabar. Orang yang melakukan perkara tidak baik pasti ada balasannya suatu hari nanti. "Kita sebagai manusia tidak perlu membalas perkara buruk dengan keburukan. Selagi kita melakukan perkara yang baik dan tidak membalas dengan perkara yang buruk, itu sudah memadai."Jika perkara itu melampaui batas, mungkin ada tindakan undang-undang yang boleh diambil. Tetapi setakat ini Amira tidak sampai menangis atau mengadu secara berlebihan. Dia cuma manusia biasa, sama seperti saya, kadang-kadang terasa juga," jelasnya. Fattah bagaimanapun menegaskan mereka tidak mahu melayan perkara negatif dengan emosi, sebaliknya memilih untuk terus melakukan perkara yang baik.Fattah sentiasa menasihati Amira (kiri) untuk terus bersabar."Kami lebih memilih untuk menjaga hati peminat yang menyokong kami. Daripada memberi perhatian kepada komen negatif, lebih baik kami fokus kepada peminat yang mendoakan dan menghargai kami. “Mereka sebenarnya jauh lebih ramai daripada segelintir yang memberi komen negatif."Jika terlalu fokus kepada perkara negatif, ia hanya akan mengurangkan tenaga dan membuatkan kita rasa down. Jadi kami tidak terlalu memikirkan perkara itu. "Jika nampak komen yang tidak baik, kami akan menegur dan menasihatkan secara terus. Tetapi jika mereka masih tidak mahu berubah, itu terpulang kepada mereka," katanya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube