suria
mStar - Urban.Versatil

Sabar dan ikhlas, Fattah Amin  sentiasa bersangka baik… Amira Othman puji keperibadian suami 

Amira dedah lima keperibadian suaminya, Fattah Amin.

PENYANYI Amira Othman berkongsikan lima perwatakan suaminya Fattah Amin yang membuatkan dia jatuh hati. 

Amira atau nama sebenarnya Nadia Amira Othman, 33, menyifatkan Fattah sebagai seorang suami yang sempurna dan sentiasa membawa aura positif.

"Fattah ini dia mempunyai kesabaran selain sangat bersangka baik. 

Amira dedahkan perkara itu ketika menjadi tetami podcast Chic Code. 

"Selain itu, Fattah juga seorang yang ikhlas. Walaupun dia seorang selebriti, bila berborak dengan Fattah, dia akan berbalik kepada Allah. 

"Jadi, sebabkan benda itu, bila borak dengan dia, tiada benda yang nak dibalahkan sebab ada matlamat yang sama," katanya. 

Amira berkongsi perkara itu ketika menjadi tetamu podcast Chic Code. 

Selain sabar dan ikhlas, Amira berkata Fattah juga memiliki sifat melindungi, terutamanya apabila melibatkan keluarga.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] “Kami tak buat jahat atau dengki dengan sesiapa” - Amira Othman

ARTIKEL BERKAITAN: Amira Othman dimasukkan ke hospital kerana sukar bernafas, Fattah Amin titip doa kesembuhan buat isteri syurga

"Fattah juga bersifat melindungi. Boleh tengok cara dia dengan keluarga, bersama ibu dan adik-adik dia," ujarnya. 

Untuk rekod, Amira dan Fattah sah bergelar suami isteri pada 14 September tahun lalu yang juga merupakan ulang tahun kelahiran ke-35 aktor berkenaan.

Sebelum ini, Fattah pernah mendirikan rumah tangga dengan aktres Fazura pada 27 November 2017 sebelum berpisah pada 7 Oktober 2024.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia lima tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Berikut

Artikel Lain