suria
mStar - Urban.Versatil

Halim Radzi rakam ‘voice over’ video percutian Sharifah Husna, peminat gembira rumah tangga masih bahagia

Netizen lega rumah tangga Husna dan Halim dalam keadaan baik.

PERKONGSIAN video percutian pelakon Sharifah Husna ke Turkiye menarik perhatian ramai apabila ia seolah-olah menjawab teka-teki mengenai status rumah tangganya dengan aktor Halim Radzi.

Dalam hantaran yang dimuat naik di laman TikTok itu, Husna menggunakan suara Halim sebagai rakaman 'voice-over' menceritakan perjalanannya di sana.

Halim atau nama sebenarnya Abdul Halim Radzi Sapari, 30, ketika dihubungi mStar mengesahkan suara dalam video tersebut adalah miliknya.

Video percutian Husna raih perhatian.

“Ya, itu suara saya. Alhamdulillah kalau netizen suka dengar suara saya."

“Saya tiada apa nak komen, cuma letak voice-over suara dengan Husna saja,” katanya ringkas.

Meskipun kelihatan Halim tidak mengikuti percutian tersebut, namun cara penceritaannya dalam video berdurasi 2 minit 50 saat itu cukup menghiburkan peminat.

ARTIKEL BERKAITAN:Halim Radzi jaga privasi, enggan komen dakwaan rumah tangga bergolak... Video Sharifah Husna pula jadi tanda tanya

ARTIKEL BERKAITAN:Sharifah Husna sakit kaki, Halim Rodzi berjalan dalam pusat beli-belah pakai ‘heels’ isteri

Malah turut kedengaran suara mereka bergurau apabila Halim mengusik gaya isterinya ketika sedang bercuti. 

Sementara itu, pada video yang sama, ramai dalam kalangan peminat meluahkan rasa syukur hubungan mereka masih baik.

“Alhamdulillah masih bersama, sampai ke akaun suami dia nak pastikan suara Halim atau bukan.”

“Orang cakap mereka gaduh, nah, sekali video guna suara suami. Dah agak korang okay! Buat kita risau saja,” antara komen yang ditinggalkan netizen.

Halim dan Husna mendirikan rumah tangga pada 2022.

Pada Oktober tahun lalu, timbul dakwaan hubungan pasangan berkenaan sedang bergolak selepas masing-masing dipercayai memadam foto bersama di platform sosial.

Bagaimanapun, mereka memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai spekulasi tersebut.

Menurut Halim, hal berkaitan keluarga adalah privasi dan dia enggan ambil pusing terhadap tanggapan segelintir netizen.

Untuk rekod, Halim dan Husna mendirikan rumah tangga pada 21 Oktober 2022 dalam sebuah majlis yang berlangsung di Kajang, Selangor.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain