suria
mStar - Urban.Versatil

Gurauan sesama lelaki, Kamal Adli mohon maaf tarik rambut jurusolek

Kamal perjelaskan gurauan kasar bersama jurusolek.

TINDAKAN bergurau kasar pelakon Kamal Adli terhadap seorang jurusolek dikenali sebagai Dek Yan mengundang rasa kurang senang dalam kalangan netizen.

Menyedari dirinya menerima kecaman, Kamal atau Ahmad Kamal Ahmad Adli, 40, tampil mempertahankan diri dengan menjelaskan perbuatan tersebut hanyalah gurauan biasa antara mereka.

Dia dalam masa sama memohon maaf sekiranya tindakan itu telah menimbulkan salah faham dalam kalangan peminat. 

Kamal  dengan rendah diri memohon maaf.

“Maaf tau siapa-siapa tengok saya tarik rambut Dek Yan. Kami luar dan dalam kamera memang gurau kasar macam itu,” katanya.

Kamal meninggalkan kenyataan tersebut menerusi ruangan balas pada sebuah hantaran di Threads.

Menerusi video tular Kamal dilihat menarik rambut jurusolek berkenaan dengan agak kasar sehingga menyebabkan lelaki itu jatuh terduduk.

ARTIKEL BERKAITAN: Tetap tak lupa… Kamal Adli selit nama Uqasha Senrose kejut sahur

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Rakyat’ bising Kamal Adli tak kejut bangun sahur - “Parah bila seorang”

Tambah Kamal jurusolek berkenaan juga sering melakukan perkara sama terhadap dirinya dan mereka menganggap ia sekadar gurauan sesama lelaki.

“Dek Yan pun ada saja tarik rambut dan ketuk-ketuk saya tapi saya tak kisah pun sebab kami lelaki.

“Itu biasa untuk kami. Maaf sangat-sangat,” jelasnya.

Selepas penjelasan itu, rata-rata netizen mula berpendapat gurauan hanya boleh berlaku apabila mereka sudah terlalu rapat dan juga seperti adik-beradik.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain