GELAGAT pelakon Kamal Adli berinteraksi dengan peminat di media sosial sempena Ramadan mencuit hati ramai.Kamal yang sebelum ini berjanji mahu menjadi ‘penggera’ untuk mengejutkan peminat bersahur, namun hasrat itu tidak kesampaian apabila dia sendiri gagal bangun pada waktu ditetapkan. Dalam nada berseloroh, ramai mula mengusik pelakon itu yang ‘terlepas’ sahur pada hari pertama berpuasa.Kamal berseloroh terlepas waktu sahur. “Maaf tak berjaya nak kejut sahur.“Parah rupanya seorang sebab sebelum ini selalu dikejutkan. Selamat berpuasa semua,” tulisnya ringkas di laman Threads.Hantaran tersebut mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan pengikut yang mesra menyapa diri mereka sebagai ‘rakyat’.ARTIKEL BERKAITAN: Terpancar wajah ceria Kamal Adli jumpa anak, ramai tumpang gembira lihat ‘Ketua Presiden’ bahagia ARTIKEL BERKAITAN: Kamal Adli masih ‘koyak’, tak selera makan sejak bercerai...“Saya tak boleh tipu diri sendiri”Tidak kurang juga yang meluahkan rasa kecewa terhadap Kamal yang mendapat jolokan ‘ketua’ kerana gagal menjalankan tugasnya pada awal Ramadan.“Kamal Adli bangun ke tidak? Semalam janji nak kejut warga Threads.“Ketua okay ke tak? Hari pertama puasa ramai dah risau.Kamal aktif melayan komen peminat di sosial media. “Tadi baca Kamal nak kejut warga Threads, entah bangun ke tidak,” komen pengikut.Kamal turut membalas komen-komen berkenaan dan mengakui kesilapannya kerana tidak menunaikan janji tersebut.Walaupun jelas semuanya sekadar gurauan, respons spontan Kamal membuatkan peminat semakin terasa dekat dengan dirinya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube