SELEPAS dua minggu disahkan bercerai dengan aktres Uqasha Senrose, pelakon Kamal Adli mengaku masih berada dalam fasa pemulihan.Kamal atau nama sebenarnya Ahmad Kamal Ahmad Adli, 40, berkata situasi yang dilalui bukan sesuatu yang mudah, malah dia terpaksa berpura-pura tenang ketika berada di set penggambaran. “Saya seronok sibuk bekerja dan dalam masa sama sedang ‘recovery’. Perkara ini baharu untuk saya, bukan sesuatu yang pernah saya lalui sebelum ini.Keadaan Kamal yang terlihat semakin kurus.“Saya tak pernah rasa begini, jadi di set penggambaran saya hanya buat-buat okay,” katanya kepada mStar.Menurut Kamal, kekecewaan yang dialami memberi kesan besar sehingga menyebabkan dia hilang selera makan dan berat badannya menurun secara mendadak.“Saya tak boleh tipu diri sendiri, sebenarnya saya memang koyak. Saya terpaksa teruskan penggambaran sebab itu rezeki saya.ARTIKEL BERKAITAN: Dua minggu tak jumpa, Kamal Adli gembira dapat lepas rindu bertemu anak... “Terima kasih Uqasha”ARTIEKL BERKAITAN: Kamal Adli rindu anak, netizen sebak kenang nasib hidup tanpa ‘hero’… “Hawra mesti rindu sosok seorang ayah”“Sampai tahap saya tak rasa nak makan. Memang saya tengah diet, tapi situasi ini ‘tolong’ sekali,” luahnya.Tambah pelakon itu, masih banyak perkara yang perlu dihadam selain lebih selesa berseorangan apabila pulang ke rumah.“Walaupun sibuk shooting, bila ada masa sendirian barulah saya sempat fikir dan ‘healing’. Mereka cuma cuba menggembirakan saya.KAMAL ADLIPELAKON“Selepas habis penggambaran, saya balik duduk dalam bilik saja. Berfikir, solat dan buat apa yang mampu. Nak kata ia membantu sepenuhnya tidak, tapi Alhamdulillah saya bersyukur sebab kerja pun banyak,” katanya lagi.Dalam masa sama, Kamal turut berterima kasih kepada rakan-rakan di set penggambaran yang sentiasa menceriakan suasana tanpa mengungkit isu peribadinya.“Mereka tahu saya tengah down, tapi tak buka mulut pasal perkara itu. Mereka cuma cuba menggembirakan saya,” ujarnya.Kamal dan Uqasha bercerai selepas empat tahun mendirikan rumah tangga.Untuk rekod, Kamal dan Uqasha sah bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 12 Januari lalu.Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 4 November 2021 dalam sebuah majlis tertutup di Janda Baik, Pahang dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira, kini berusia setahun lapan bulan.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube