suria
mStar - Urban.Versatil

Tidak banyak merungut, Faizal Tahir sanggup tidur beralas toto… Perkenalkan diri sebagai ‘Ahmad’

Faizal dilihat tidur dengan nyenyak tanpa kelengkapan yang selesa.

PENGLIBATAN penyanyi Faizal Tahur dalam misi kemanusian di Aceh, Indonesia mendapat pujian apabila dia sendiri sanggup merendah diri tidur di rumah mangsa bencana banjir di sana.

Salah seorang peserta misi berkenaan iaitu Dr Ghafur Rahim Mustakim, kagum dengan sikap merendah diri penyanyi itu meskipun sudah dikenali ramai dan mendapat pelbagai anugerah dalam dunia muzik. 

Malah menurutnya juga, Faizal seorang yang bersahaja dan tidak pernah merungut sepanjang misi yang bermula pada 18 Februrari lalu. 

Faizal dipuji ringan tulang membantu di lokasi bencana.

"Trip kali ini memang terpaksa bermalam di rumah mangsa banjir sebab lokasi misi jauh dari mana-mana penginapan.

“Banyak kali saya tanya, ‘abang okay ke kalau kita duduk rumah orang kampung?’ Jawab dia ringkas, ‘tiada masalah’,” kongsinya di Instagram.

Dalam hantaran tersebut turut kelihatan Faizal sedang lena tidur hanya beralaskan toto di sebuah rumah kampung. 

ARTIKEL BERKAITAN: Lancar album konsep kenduri, Faizal Tahir kongsi peringatan dalam ‘Jati Diri’

ARTIKEL BERKAITAN: Faizal Tahir ajak Alif Satar anjur qiamullail, mahu ‘kejutkan’ masyarakat selepas berlaku semula serangan di Gaza

Ceritanya lagi, keadaan lokasi misi kali ini agak mencabar apabila mereka terpaksa tidur tanpa kipas, tilam mahupun selimut.

Malah kemudahan tandas juga tidak sempurna selain terpaksa berdepan gangguan nyamuk pada waktu malam.

“Makan pula seadanya sahaja. Memang mencabar. Tapi menariknya sepanjang misi ini dia langsung tak ada nak ‘complaint’ atau buat sebarang permintaan. 

"Keluar awal pagi, turun edar bantuan sampai waktu berbuka, tak pernah minta rehat,” ujarnya.

Antara aktiviti yang dilakukan Faizal semasa di Aceh.

Faizal juga tidak membawa statusnya sebagai seorang penyanyi dan hanya memperkenalkan diri dengan nama 'Ahmad' kepada warga di sana. 

“Bila tanya kenapa tak nak orang tahu dia artis, jawapan dia memang menikam kalbu sebab tak nak ada layanan berbeza-beza.

"Refleksi buat diri kita semua, moga boleh jadi contoh. Moga ada lebih ramai orang macam ini, Insya-Allah," luahnya.

Faizal dan Ghafur Rahim menyertai misi Better Ramadan di Aceh, Indonesia bermula 18 hingga 21 Februari. 

Menerusi perkongsian video kelihatan Faizal turut menjadi imam ketika menunaikan solat secara berjemaah.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain