PELAKON Mimi Lana berkongsi khabar duka kehilangan abang kandungnya yang meninggal dunia pada Ahad. Secara ringkas, Mimi, 31, memberitahu abangnya Muhamad Sharul Affandy Zainal Abidin menghembuskan nafas terakhir pada pukul 12.30 tengah hari. "Allah Maha Besar. Allah maha mengetahui segala-galanya. Abang kandung saya Muhamad Sharul Affandy Zainal Abidin telah kembali ke Rahmatullah sebentar tadi pukul 12.30 tengah hari. Mimi kongsi berita tersebut di Threads miliknya. "Nak minta jasa orang ramai sedekahkan al-Fatihah untuk abang saya," katanya dalam hantaran di Threads miliknya pada Ahad. Bagaimanapun, Mimi tidak menjelaskan punca serta lokasi abangnya meninggal dunia.Allahyarham meninggalkan seorang balu dan seorang anak lelaki.Menerusi hantaran sama, pelakon filem Mencari Ramlee itu turut mendoakan agar roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang beriman.ARTIKEL BERKAITAN: Mimi Lana bersuara isu Puteri Balqis, dengar banyak kisah silam rakan industriARTIKEL BERKAITAN: Bayaran bukan keutamaan, Mimi Lana pilih watak dalam lakonan... Terbuka terima tawaran produksi indieDalam pada itu, Mimi turut memohon orang ramai mendoakan agar isteri, anak serta seluruh keluarga Allahyarham diberi kekuatan lebih-lebih lagi bersempena Ramadan."Tolong doakan isteri, anaknya dan seluruh keluarga diberi kekuatan di bulan mulia ini. "Yana (Mimi) akan sentiasa ada untuk Sara dan Sulaiman sampai bila-bila. Yana janji," ujarnya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube