suria
mStar - Urban.Versatil

Mimi Lana bersuara isu Puteri Balqis, dengar banyak kisah silam rakan industri

Mimi berkongsi pengalaman dalam industri seni.

PELAKON Mimi Lana tampil berkongsi pendapat susulan pendedahan ibu kepada aktres Puteri Balqis berhubung insiden kurang menyenangkan yang pernah dilalui sebelum ini.

Terkejut dengan kisah yang diceritakan, Mimi atau Mimi Rozaiana Zainal Abidin, 31, berkata, pengalaman hitam yang dilalui Puteri Balqis dan ibunya adalah satu perbuatan jenayah yang perlu dipandang serius.

“Saya cuba untuk tidak campur tangan dalam kes Puteri Balqis dengan orang dalam industri, tetapi memilih untuk bercakap selepas menonton podcast itu kerana kenyataan daripada ibunya bukan lagi salah faham.

Perkongsian Mimi di Threads. 

“Ia adalah jenayah dan sangat mengejutkan. Saya tidak boleh membayangkan perkara ini terjadi kepada ibu saya. Memikirkannya pun membuatkan saya sedih,” katanya.

Mimi menulis perkara tersebut dalam satu hantaran panjang di Threads miliknya pada Isnin.

Pelakon ini turut menceritakan kembali bagaimana dia berdepan pelbagai pengalaman sepanjang pembabitannya dalam dunia seni.

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu Puteri Balqis ditipu artis veteran, ahli politik janji bantu rawat mata anak dengan syarat pelik... Enggan cerita peristiwa ‘menyakitkan’ dalam bilik 

ARTIKEL BERKAITAN: Bayaran bukan keutamaan, Mimi Lana pilih watak dalam lakonan... Terbuka terima tawaran produksi indie

Malah, dia juga telah mendengar banyak cerita dalam kalangan penggiat seni.

“Mungkin saya masih baharu, tetapi apa yang boleh dikatakan, industri ini tidak bersih, namun tidak juga kotor seperti yang digambarkan.

“Jangan kerana nilai setitik, rosak susu sebelanga. Saya percaya dalam apa jua industri akan ada manusia yang jahat dan baik,” ujarnya.

Mengimbau kembali ketika mula bergelar pelakon, Mimi berkongsi kisah keprihatinan aktres Nabila Huda yang sanggup memberikan bantuan kepada artis baharu.

Pendedahan ibu Puteri Balqis yang mengejutkan banyak pihak. 

Dia juga sempat berkongsi nasihat kepada mana-mana bakat muda yang ingin menceburi bidang lakonan agar sentiasa berhati-hati.

“Saya masih ingat 10 tahun lalu ketika mula masuk industri, Nabila Huda pernah meminjamkan saya sebuah bagasi besar penuh dengan pakaian musim sejuk kerana ada kerja di luar negara.

“Zaman itu memang tiada duit, kereta pun belum ada. Dia sudi membantu seorang budak jalanan yang baru hendak mengenali industri ini,” kongsinya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain