suria

[V] “Mayatnya ditemui sudah keras, saya terkilan tiada di sisi ketika mendiang meninggal dunia” - Adam Corrie ambil keputusan tak sambut Tahun Baharu Cina tahun ini 

PELAKON Adam Corrie terpaksa akur apabila tidak dapat menyambut Tahun Baru Cina bersama ibu tersayang yang meninggal dunia pada Disember lalu. 

Enggan berkongsi rasa sedih, Adam atau nama sebenarnya Adam Corrie Lee Abdullah, 58, bagaimanapun meluahkan rasa terkilan apabila tidak sempat berada di sisi ibunya ketika mendiang menghembuskan nafas terakhir.

"Untuk menghormati keluarga, saya tak boleh sambut dan pakai baju yang terang-terang sempena Sambutan Tahun Baru Cina ini. 

"Saya sebenarnya mahu simpan kesedihan ini seorang diri. Cuma apa yang boleh dikatakan, perkara paling rindu adalah tidak dapat jumpa ibu ketika dia meninggal. 

Adam menyambut Tahun Baru Cina secara sederhana tahun ini. 

"Ketika itu saya sudah pulang ke Kuala Lumpur selepas melawat  ibu di Taiping, Perak," katanya kepada mStar. 

Adam berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media Majlis Pelancaran Drama Vertical Pan Mee bertajuk Pertarungan Iman & Rasa pada Isnin. 

Menurut Adam, berita pemergian ibunya tidak diketahui oleh ahli keluarga terdekat pada awalnya, sebaliknya dimaklumkan oleh rakan ibunya yang juga seorang pemandu e-hailing.

"Ibu saya setiap petang akan keluar berjalan dan ditemani rakanya yang bekerja sebagai e-hailing. Setiap hari memang akan panggil dia sahaja untuk bawa ibu saya. 

ARTIKEL BERKAITAN: Adam Corrie imbas pengalaman ketika awal peluk Islam, tak lari berdepan kritikan... Ramai persoal gelaran mualaf

ARTIKEL BERKAITAN: Adam Corrie bantu urus mendiang ibu, pilih keranda… “Walaupun berlainan agama, saya tetap berada di sisi hingga ke akhirnya”

"Jadi pada hari Khamis, dia telefon ibu sebab ibu tidak cari dia. Panggilan telefon pun tidak dijawab. Begitu juga pada keesokan harinya.

"Jadi kawan ibu minta izin adik untuk masuk ke rumah untuk tengok keadaan ibu, bila masuk mayat sudah keras. Tidak tahu ibu meninggal hari apa," ujarnya. 

Adam berkata pemergian ibunya amat mengejutkan kerana mendiang tidak menunjukkan sebarang tanda masalah kesihatan sebelum ini.

Jelasnya, ibunya ditemui dalam keadaan kaku selepas dipercayai meninggal dunia beberapa hari dengan ubat sakit perut berada di sisi ketika pemeriksaan polis dijalankan.

Adam menjelaskan ibunya tidak mempunyai sebarang penyakit kronik sebelum ini. 

"Kawan ibu buat laporan polis dan selepas disemak, semuanya okay dan tiada kes jenayah. Kemudian bawa mayat ke hospital. 

"Arwah tiada sakit apa-apa. dia sihat macam biasa.  Cuma polis kata masa temui mayat ibu, disebelahnya ada ubat sakit perut," katanya. 

Pada 7 Disember lalu, Adam berkongsi khabar duka mengenai pemergian ibunya melalui platform media sosialnya. 

Dalam perkongsian itu, Adam meluahkan rasa pilu atas kehilangan insan tersayang dan memohon ruang untuk memberi tumpuan sepenuhnya kepada urusan pemergian mendiang ibunya.

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain