suria

Bekas tunang Zarina Anjoulie nafi bercinta dengan Zara Zya, tak tolak jika berjodoh... “Saya ingin menjaga dia”

Khazrul menafikan dakwaan dia dan Zara sedang hangat bercinta.

BEKAS tunang kepada pelakon Zarina Anjoulie iaitu usahawan Datuk Seri Khazrul Elzey menyangkal dakwaan kononnya dia sedang menjalinkan hubungan cinta dengan aktres Zara Zya.

Menurut Khazrul, hubungan mereka masih berada di peringkat awal dan dakwaan yang timbul disifatkan sekadar satu doa yang baik buat mereka berdua.

“Tentang dakwaan kami bercinta itu, saya menafikan kerana ia masih terlalu awal.

Khazrul akui mempunyai perasaan suka terhadap Zara.

“Memang ramai yang mengatakan kami bercinta, saya anggap itu sebagai satu doa,” katanya ketika dihubungi mStar pada petang Isnin.

Tidak menolak soal jodoh, Khazrul bagaimanapun mengakui mempunyai impian untuk memperisterikan Zara sekiranya diberi peluang dan diizinkan Allah.

Namun jelasnya, perbincangan ke arah itu masih belum berlaku memandangkan hubungan mereka masih dalam fasa saling mengenali.

“Saya tiada orang lain. Jika diizinkan Allah dan memang ditakdirkan jodoh kami, saya tidak menolak.

ARTIKEL BERKAITAN: Sudah bertahun hadap, Zara Zya selalu nampak ‘ponti’ duduk cangkung mengintai di dapur 

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Zara Zya tak ‘goyang’ nampak makhluk halus, percaya manusia lebih mulia

“Sudah tentu jika sampai ke tahap itu, saya ingin menjaga dia.

“Buat masa ini, saya suka pada Zara, namun hati masih belum berbicara sepenuhnya kerana semuanya masih di peringkat awal,” jelasnya.

Ditanya apa yang membuatkan dirinya tertarik kepada Zara, usahawan itu berkata, perwatakan aktres berkenaan yang sederhana dan kuat menghadapi dugaan hidup menjadi antara faktor utama.

Malah, meskipun Zara diuji dengan kanser buah pinggang, Khazrul mengakui sangat mengagumi ketabahan dan kekuatan pelakon itu.

Khazrul kagum dengan keperibadian Zara.

“Sejujurnya, saya suka perwatakan dia. Jika diberi peluang untuk mengenali dia dengan lebih rapat, saya sangat bersyukur.

“Dia seorang yang sangat kuat. Dia diuji dengan disahkan menghidap kanser buah pinggang dan saya kagum dengan cara dia menjaga diri serta bertahan untuk terus hidup.

“Saya suka orang yang mampu berdikari dan kuat menghadapi ujian,” ujarnya.

Terdahulu Khazrul memuat naik video mesra bersama Zara di WhatsApp Story hingga mencetuskan pertanyaan ramai termasuk rakan media yang mengenali usahawan itu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain