suria

Shima Anuar tuntut hutang RM1.5 juta, sedia dedahkan senarai nama termasuk suami artis

Shima tidak teragak-agak untuk mendedahkan nama pihak terbabit.

SELEPAS sekian lama berdiam, pelakon Shima Anuar tampil menuntut beberapa pihak untuk menjelaskan bayaran hutang yang didakwanya mencecah RM1.5 juta. 

Menurut Shima atau Noor Hashimah Anura, 35, nilai tersebut juga termasuk jumlah wang yang dipinjam oleh beberapa kenalannya namun masih belum menerima bayaran balik. 

"Hampir RM1 juta daripada kontraktor yang buat rumah kami separuh jalan dulu. Selebihnya daripada yang kononnya sahabat, bila susah tebal muka pinjam duit. 

Perkongsian Shima di Instagram. 

"Selepas itu tak reti nak bayar balik duit orang," katanya. 

Shima menulis perkara tersebut dalam satu hantaran di InstaStory berserta tangkap layar status suaminya iaitu Mohd Solih Toha yang juga berkongsi luahan sama. 

Pelakon ini dalam masa sama memberitahu dia bersedia untuk mendedahkan nama individu terbabit sekiranya masih belum mendapat sebarang maklum balas. 

ARTIKEL BERKAITAN: Shima Anuar ‘naik hantu’ keselamatan anak terabai, dakwa empat bibik culas jalankan tanggungjawab… “Ada pembantu rumah ramai pun tak guna” 

ARTIKEL BERKAITAN: Hamil anak ketiga, doktor nasihat Shima Anuar duduk rumah... Terpaksa batal semua ‘job’ berlakon

"Rasanya sudah tiba masa siarkan senarai nama. Kami ada keluarga untuk diberi makan, yuran sekolah anak perlu bayar dan bil.

"Mereka bukan kawan. Kawan tidak akan buat kawan begini. Memalukan," katanya. 

Sementara itu menerusi perkongsian berbeza, suaminya turut mendedahkan antara individu yang masih berhutang dengan mereka termasuk ahli perniagaan dan suami kepada rakan artis. 

Shima tuntut pihak terbabit menjelaskan hutang.

Mohd Solih juga meluahkan rasa kesal apabila pihak terbabit enggan menjelaskan baki hutang sedangkan usaha untuk mencari rezeki bukanlah perkara mudah. 

"Bukan nak tagih simpati. Nak ajar mereka macam mana susahnya cari duit. Aku kerja keluar pagi anak belum bangun, balik anak dah tidur. 

"Suami artis ada, pegawai tinggi kerajaan ada, ahli perniagaan ada," dedahnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain