PELAKON Zara Zya enggan mengambil serius berhubung kenyataan usahawan Datuk Seri Khazrul Elzey yang sedia menjadikannya sebagai isteri. Zara menegaskan hubungan dan pertemuan mereka sebelum ini hanyalah atas urusan kerja semata-mata. “Tidaklah serius sampai tahap macam itu. Gambar yang dikongsi Khazrul menimbulkan tanda tanya. “Kami baru kali pertama jumpa dan kenal sebab urusan kerja,” katanya ringkas. Zara menjelaskan perkara tersebut sebagai respons kepada kenyataan Khazrul serta video yang dikongsikan usahawan berkenaan. Menurut Zara, video yang dimuat naik bekas tunang kepada pelakon Zarina Anjoulie itu tidak seharusnya disalah tafsir kerana pertemuan tersebut bukanlah membincangkan soal jodoh. ARTIKEL BERKAITAN: Bekas tunang Zarina Anjoulie nafi bercinta dengan Zara Zya, tak tolak jika berjodoh... “Saya ingin menjaga dia” ARTIKEL BERKAITAN: [V] Zara Zya tak ‘goyang’ nampak makhluk halus, percaya manusia lebih mulia“Pada hari yang sama saya juga ada bertemu orang lain dan pertemuan itu atas urusan kerja. “Mungkin bezanya orang lain tak banyak ambil gambar dan post di media sosial,” jelasnya. Zara memilih tidak memberi komen panjang tentang kenyataan Khazrul. Sebelum ini dalam temu bual bersama mStar, Khazrul memberitahu dia tidak menolak jika bertemu jodoh dengan Zara. Malah dia juga memuji keperibadian Zara serta sedia untuk mengenali lebih rapat.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!