SELEPAS tiga tahun dilantik sebagai Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Suhaimi Sulaiman dikatakan telah melepaskan jawatan itu.Difahamkan, tarikh akhir perkhidmatannya di agensi penyiaran terbabit akan berakhir pada 22 Februari depan. Sumber memberitahu mStar, majlis perpisahan Suhaimi telah diaturkan bagi menghargai sumbangannya selama menerajui jabatan tersebut.Suhaimi sudah tiga tahun dilantik sebagai Ketua Pengarah Penyiaran.Majlis berkenaan dilaporkan bakal berlangsung di RTM pada Khamis ini.Bagaimanapun, setakat ini masih belum dapat dipastikan kebenaran itu kerana pihak yang dihubungi enggan mengulas mengenainya.mStar juga cuba mendapatkan Suhaimi namun belum menerima sebarang maklum balas bagi mengulas perkara itu.Untuk info, Suhaimi berpengalaman luas dalam bidang penyiaran terutamanya ketika mengemudi siaran berita berbahasa Inggeris di TV3 sebagai penyampai berita.ARTIKEL BERKAITAN: Masalah teknikal jadi punca pengacara salah umum juara Bintang Kecil 2023, lampu ‘jem’ kata Suhaimi Sulaiman ARTIKEL BERKAITAN: Suhaimi Sulaiman mampu bawa idea segar untuk transformasi Bernama dalam era digitalBeliau juga merupakan bekas Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua Pengarang saluran berita TV Astro AWANI dan merupakan perintis saluran berita itu.Beliau memiliki Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari City University, Bellevue, Washington, Amerika Syarikat dan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dari Portland State University, Portland, Oregon, Amerika Syarikat.Kerjaya awalnya sebelum terlibat dalam bidang penyiaran adalah pegawai bank.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!