PENYANYI Amira Othman enggan mengambil pusing terhadap setiap kritikan negatif termasuk isu busana raya yang digayakannya di Istanbul, Turkiye disamakan dengan terung oleh netizen.Amira atau nama sebenarnya Nadia Amira Othman, 33, berkata, dia tidak mampu memuaskan hati semua orang dan menganggap segala kritikan dilemparkan sebagai asam garam anak seni. "Komen dan kritikan itu perkara biasa. Saya pergi majlis atau program usrah pun boleh jadi isu, apatah lagi kalau ada sedikit kekhilafan.Amira menganggap segala kritikan dilemparkan sebagai asam garam anak seni. "Fesyen ini subjektif. Ada yang nampak cantik, ada yang sebaliknya."Sama seperti makanan, ada yang kata sedap, ada pula yang kata tidak. Kita memang tidak boleh puaskan hati semua orang. "Bagi saya, ini adalah asam garam anak seni. Kalau terganggu, tak mungkin saya masih ada di sini,"katanya kepada mStar. ARTIKEL BERKAITAN: Amira Othman minta ruang kongsi dakwaan berbadan dua… “Meskipun jadi ‘public figure’ kita pun ada kehidupan macam orang lain”ARTIKEL BERKAITAN: [V] “Kami tak buat jahat atau dengki dengan sesiapa” - Amira OthmanMenurut Amira, dia mengaku kebanyakan komen negatif yang diterima adalah daripada akaun palsu sekali gus tiada keperluan untuk terus melayan perkara itu. "Kebanyakan komen negatif datang daripada akaun palsu, manakala yang menyokong pula adalah individu yang benar-benar wujud."Jadi buat apa kita nak fikirkan mengenai akaun palsu yang tidak memberi sebarang manfaat, malah hanya menambah tekanan," katanya.Sementara itu, Amira mengaku terbuka menerima segala teguran daripada orang ramai selagi disampaikan secara berhemah.Meskipun tidak dapat lari daripada komen-komen haters. "Kalau komen itu diberi dengan cara baik, sudah tentu saya terima dengan hati terbuka. Komen yang tidak baik biasanya datang daripada golongan 'haters'."Walaupun kita cuba berbuat baik, tetap ada yang membenci. Buat baik orang mengata, apatah lagi kalau ada kekurangan," katanya. Sebelum ini Amira menjadi perhatian ramai apabila foto busana raya yang digayakannya ketika sesi penggambaran di Istanbul disamakan dengan terung oleh netizen.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!