suria

Tak cukup dengan video, Lan Pet Pet jumpa Fazura minta maaf ‘dari hujung rambut hingga hujung kaki’

Lan sangat menyesali dengan kata-katanya terhadap Fazura.

TIDAK cukup dengan permohonan maaf secara terbuka, anggota kumpulan Senario iaitu Lan Pet Pet tampil bersemuka dengan pelakon Nur Fazura bagi menamatkan segala salah faham yang berlaku. 

Lan atau Mazlan Ahmad, 57, berkata apa yang diungkapkan pada sesi siaran langsung di TikTok dilakukan secara spontan, malah bersedia untuk menebusnya dengan membelanja Fazura makanan seperti diminta aktres tersebut.

"Faz saya minta maaf atas keterlanjuran dan saya minta maaf daripada hujung rambut hingga hujung kaki. Saya rasa 'down' sangat kerana tiada niat langsung dalam hati," katanya.

Lan ikhlas memohon maaf pada Fazura.

Difahamkan pertemuan itu berlangsung ketika kedua-duanya menghadiri penggambaran iklan jenama Jakel pada Isnin.

Dalam video yang dimuat naik di Instagam rasmi Jakel, Fazura juga sempat menyakat Lan yang dilihat sangat menyesali dengan perbuatannya itu.

Terbuka dengan permohonan maaf tersebut, Fazura juga memaklumkan dia sudah memaafkan dengan seikhlas hati malah mahu bekerja dengan suasana yang baik.

ARTIKEL BERKAITAN: Lan Pet Pet mohon maaf, tiada niat kecilkan hati Fazura

ARTIKEL BERKAITAN: Lan Pet Pet teruk dikecam kerana didakwa lontar lawak lucah terhadap Fazura… “Bagi dia ketat sikit”

"Tak payah hujung rambut hujung kaki, saya okay saja. Tak apalah sama-sama belajar daripada kesilapan.

"Saya  pun ada silap juga. Apa yang penting kita bekerja dengan suasana harmoni. Okay kosong-kosong ikhlas daripada hati.

"Tapi dah maafkan, takkan kosong-kosong saja, kenalah belanja pizza, keria, goreng pisang dan laksa," luahnya.

Lan tiada niat lakukan ‘double meaning’ pada Fazura.

Sebelum ini, tular potongan klip siaran langsung di TikTok apabila seorang peminat bertanyakan mengenai perancangan perkahwinan Fazura.

Namun, pelakon filem Pisau Cukur itu menjelaskan bahawa buat masa ini dia tidak mempunyai masa untuk memikirkan soal jodoh.

Bagaimanapun, soalan tersebut menarik perhatian Lan yang kemudian memberikan jawapan berunsur ‘double meaning’, sekali gus mencetuskan perbincangan dalam kalangan netizen.

Difahamkan, kedua-dua artis berkenaan menghadiri sesi perjumpaan bersama peminat sempena pelancaran sebuah jenama pakaian.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain