suria

Tak sangka kawan sanggup ‘pedajal’, Madam Mariyah dedah alami kerugian RM100,000

Madam Mariyah mengalami keruian sebanyak RM100,000.

USAHAWAN kontroversi, Madam Mariyah mendedahkan dia mengalami kerugian melebihi RM100,000 akibat kecuaian seorang kontraktor yang dilantik untuk menyiapkan ibu pejabat baharu. 

Lebih mengecewakan, Mariyah atau nama sebenarnya Mariyah Yaakob, 51, memaklumkan kontraktor tersebut merupakan rakannya dan berstatus ibu tunggal.

"Nak kata ditipu itu, buruk sangat. Namun Madam (saya) sudah buat bayaran sebanyak RM215,000 tapi dia tidak buat kerja mengikut kehendak. 

Mariyah terkilan kerana kontraktor itu merupakan rakannya. 

"Apabila panggil syarikat lain untuk semak kualiti, dia kata nilai yang dibayar tidak berbaloi dengan apa yang dibuat dan kos dibelanjakan hanya sekitar RM100,000. 

"Dia menghantar surat penarikan diri dan kemudiannya menghilangkan diri," katanya kepada mStar.

Mariyah memaklumkan perkara itu ketika ditemui pada majlis pembukaan Ibu Pejabat Auramaria pada Ahad. 

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya tak tua lagi”... Enggan terus digelar Mak Cik Kemboja, mahu dipanggil Madam Mariyah

ARTIKEL BERKAITAN: Tak sempat fail penceraian, Makcik Kemboja diceraikan ‘Mr S’ di TikTok - “Kau suami yang tiada iman!”

Ditanya mengenai tindakan susulan yang ingin dilakukan, Mariyah berkata dia pada awalnya bercadang membawa perkara tersebut ke peringkat undang-undang, namun membatalkannya pada saat-saat akhir. 

Malah Mariyah secara terbuka menghalalkan semua jumlah kerugian yang terpaksa ditanggung itu. 

"Awalnya memang nak saman dan sudah jumpa peguam, tapi bila fikir yang dia ini kawan dan ibu tunggal serta niat nak bantu dia, saya tak ambil tindakan (saman) itu. 

"Lebih baik serahkan kepada Allah sahaja. Saya juga sudah halalkan sebab tidak mahu jadi penyebab lambat masuk ke syurga. Saya percaya jika hilang RM100,000 nanti akan diganti dengan RM100 juta," ujarnya. 

Walaupun banyak cabaran, Mariyah tetap berjaya melancarkan pejabat urusannya. 

Walaupun berdepan pelbagai rintangan, Mariyah tetap menzahirkan rasa syukur apabila pejabat urusannya itu tetap berjaya disiapkan. 

"Walaupun perkara itu terjadi, saya tetap berjaya rasmikan pejabat urusan ini dan banyak yang sudah dirancang untuk hari-hari mendatang. 

"Selain daripada memiliki pejabat, hari ini (Ahad) kami juga melancarkan sebanyak tujuh produk baharu yang berkaitan menaikkan aura seseorang," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain