USAHAWAN sensasi, Liana Rosli tidak menolak kemungkinan untuk berdamai dengan kakaknya yang dikenali sebagai Nona selepas mengetahui wanita itu sedang melalui fasa sukar dalam rumah tangga. Liana atau lebih mesra disapa Kak KM, 45, berkata dia memahami keadaan Nona yang kini berdepan masalah perkahwinan dan mengakui kakaknya itu tidak berada dalam keadaan stabil ketika ini. "Saya tahu dia tengah ada masalah dengan suami. Dia tak okay sekarang. Waktu dengan perkahwinan pertama masa nak bercerai dia cari saya. Kak KM terbuka menerima kehadiran Nona (kiri) di kediaman mereka."Jadi saya rasa dengan suami kedua ini bila dia ada masalah, dia tiada siapa-siapa. "Saya okay saja kalau dia nak datang. Saya sedia berdamai tak ada masalah sebab dia kakak, kami satu mak satu bapa," katanya ketika dihubungi mStar. Menurut Kak KM, kenyataannya yang dibuat secara spontan ketika siaran langsung sebelum ini berpunca daripada kenangan lama bersama Nona.ARTIKEL BERKAITAN: Aksi berlari di ‘Shibuya Crossing’ undang kecaman, Kak KM didakwa cemarkan imej MalaysiaARTIKEL BERKAITAN: Kak KM sanggup bayar penalti cecah RM50,000 selepas anak langgar kontrak, tak mahu Nabila kerja beratKata Kak KM, ramai netizen salah faham terhadap kenyataannya itu dan menegaskan perasaan ‘teringat’ tidak sama dengan ‘rindu’."Sebenarnya waktu live itu saya teringatkan dia (Nona) sebab kami pernah buat video menggunakan lagu sama seperti Kak Uji (kakak kak KM) pasang di dapur. Saya tahu dia tengah ada masalah dengan suami. Dia tak okay sekarang.KAK KMUSAHAWAN SENSASI"Saya cakap teringat Nona, hari itu buat dengan dia sekarang dengan korang (Uji) pula. Saya terus spontan cakap kalau nak datang marilah saya terima saja."Sebenarnya ramai dah salah sangka. Teringat dengan rindu dua perkara berbeza. Ramai yang salah faham. Saya hanya teringat bukan rindu," ujarnya. Sebelum ini, tular di media sosial rakaman siaran langsung Kak KM yang mengajak Nona datang ke rumahnya, sekali gus mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan netizen.Kak KM tidak menyimpan dendam terhadap Nona.Kak KM turut mendakwa kakaknya itu kini berasa kesepian susulan masalah rumah tangga yang sedang dihadapi.Terdahulu, hubungan dua beradik itu menjadi perhatian ramai apabila netizen mendakwa wujud perselisihan faham akibat urusan perniagaan. Keakraban yang pernah terjalin sebelum ini dilihat semakin renggang apabila mereka tidak lagi kelihatan bersama seperti dahulu.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!