PELAKON Nur Fazura tidak menunggu lama untuk memaafkan anggota kumpulan Senario, Lan Pet Pet susulan ketelanjuran kata-katanya terhadap pelakon itu yang berunsur lucah dan ‘double meaning’.Fazura atau nama sebenarnya atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin,43, berkata walaupun hatinya terguris, namun dia ingin mendapat reda Allah SWT selain mahu bertindak pantas seperti permohonan maaf dilakukan Lan. “Susulan permohonan maaf secara terbuka oleh saudara Lan (Lan Pet Pet), Faz (panggilan Fazura) memilih untuk segera memaafkan sepertimana segera pula saudara Lan memohon maaf atas kekhilafan anda. Fazura menerima permohonan maaf daripada Lan secara terbuka.“Ini kerana, walaupun hati pernah terguris, keinginan mencapai reda Allah SWT adalah lebih utama,” tulisnya dalam satu perkongsian di aplikasi Threads miliknya.Menurut Fazura, dia berharap kejadian seumpama itu tidak berulang dan menjadi pengajaran kepada semua.“Semoga kejadian ini menjadi pengajaran dan teladan buat kita bersama, mudah-mudahan,” tulisnya lagi.ARTIKEL BERKAITAN: Lan Pet Pet mohon maaf, tiada niat kecilkan hati FazuraARTIKEL BERKAITAN: Lan Pet Pet teruk dikecam kerana didakwa lontar lawak lucah terhadap Fazura… “Bagi dia ketat sikit”Terdahulu Lan Pet Pet tampil memohon maaf kepada Fazura atas tindakan yang tidak disengajakan itu.Sebelum ini, tular potongan klip siaran langsung di TikTok apabila seorang peminat bertanyakan mengenai perancangan perkahwinan Fazura.Namun, pelakon filem Pisau Cukur itu menjelaskan bahawa buat masa ini dia tidak mempunyai masa untuk memikirkan soal jodoh.Bagaimanapun, soalan tersebut menarik perhatian Lan yang kemudian memberikan jawapan berunsur ‘double meaning’, sekali gus mencetuskan perbincangan dalam kalangan netizen.Difahamkan, kedua-dua artis berkenaan menghadiri sesi perjumpaan bersama peminat sempena pelancaran sebuah jenama pakaian.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!