SUSULAN dakwaan melontarkan lawak berunsur lucah, anggota kumpulan Senario iaitu Lan Pet Pet tampil memohon maaf kepada pelakon Nur Fazura atas tindakan tidak disengajakan itu. Lan atau Mazlah Ahmad, 57, berkata, dia tidak menyangka gurauan yang dilontarkan boleh menimbulkan rasa kurang senang kepada aktres berkenaan. "Untuk Fazura, saya minta maaf daripada hujung rambut sampai hujung kaki. Dalam tak sedar asyik melawak ada yang menyentuh hati dan perasaan Fazura," katanya. Lan didakwa melakukan lawak 'double meaning' terhadap Fazura.Lan berkongsi perkara itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instagram miliknya pada petang Ahad. Dalam pada itu, Lan turut memohon maaf kepada peminat Fazura dan Senario, sambil mengakui dirinya hanyalah manusia biasa yang tidak terlepas daripada melakukan kesilapan."Kepada semua peminat Fazura dan Senario, saya langsung tiada niat apa-apa pun. Saya hanya manusia biasa.ARTIKEL BERKAITAN: Lan Pet Pet teruk dikecam kerana didakwa lontar lawak lucah terhadap Fazura… “Bagi dia ketat sikit”ARTIKEL BERKAITAN: [V] Fazura kecewa Fatima dicerca sejak lahir, terima panggilan bukan-bukan… “Siapa lagi mahu bersuara kalau bukan saya”"Sekali lagi saya minta maaf terlepas cakap, dan suasana waktu itu saya pun tidak sedar," katanya. Sebelum ini, tular potongan klip siaran langsung di TikTok apabila seorang peminat bertanyakan mengenai perancangan perkahwinan Fazura.Namun, pelakon filem Pisau Cukur itu menjelaskan bahawa buat masa ini dia tidak mempunyai masa untuk memikirkan soal jodoh.Bagaimanapun, soalan tersebut menarik perhatian Lan yang kemudian memberikan jawapan berunsur ‘double meaning’, sekali gus mencetuskan perbincangan dalam kalangan netizen.Difahamkan, kedua-dua artis berkenaan menghadiri sesi perjumpaan bersama peminat sempena pelancaran sebuah jenama pakaian.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!