TANGGUNGJAWAB menjaga orang tua bukan sesuatu yang mudah, apatah lagi apabila perlu dilakukan dalam keadaan jadual kerja yang padat dan tidak menentu.Namun bagi pelakon, penyanyi dan pengacara Roslan Shah atau mesra disapa Cik Lan, keutamaan hidupnya tetap kepada keluarga terutama menjaga bapa tirinya, Muhammad Norani Muhammad Esa, 72, yang kini memerlukan perhatian sepenuh masa. Menurut Cik Lan, rutin hariannya bermula dengan menguruskan keperluan bapa tirinya, termasuk memandikan, menyediakan makanan, memberi ubat serta menyuntik insulin di bahagian perut sebanyak dua kali sehari.Walau padat dengan rakaman lagu raya dan program televisyen, Cik Lan tetap setia menguruskan bapa tiri setiap hari.“Walaupun sibuk dengan kerja seni, tanggungjawab menjaga bapak tetap nombor satu. Setiap hari saya uruskan mandi, makan ubat dan cucuk insulin. Itu memang rutin saya,” katanya.Tambahnya, jika terpaksa berada di Kuala Lumpur atau menghadiri persembahan di luar kawasan, tanggungjawab tersebut akan diambil alih oleh abang serta adik-beradik lain.“Kalau saya ada urusan kerja di Kuala Lumpur atau luar, abang dan adik-beradik akan tolong jaga. Apa yang penting, saya pegang amanah arwah mak supaya jaga bapak. Itu pesan terakhir arwah pada saya. “Dulu saya jaga arwah mak, sekarang jaga bapak pula. Saya anggap ini saham akhirat. Sejujurnya saya gembira jaga orang tua. Saya memang tak sampai hati nak hantar ke rumah jagaan,” katanya.ARTIKEL BERKAITAN: Roslan Shah tak sangka makin popular, pengikut TikTok naik mendadakARTIKEL BERKAITAN: Tiada niat nak peluk, Roslan Shah akui tak sekufu dengan Vida... “Saya takut nak kahwin dengan dia sebab kekayaan kami tidak sama”Terdahulu, perkongsian video Cik Lan menguruskan bapa tiri menjadi perhatian di laman sosial."Bapa tiri Cik Lan. Walaupun sibuk macam mana pun, Cik Lan kena jaga, anggap macam bapa sendiri," tulisnya di ruangan kapsyen.Di ruangan komen, ramai memuji kemuliaan hati Cik Lan menguruskan warga emas biarpun sibuk dengan kerjaya.Dalam pada itu,Cik Lan bersyukur apabila kerjaya seninya terus sibuk menjelang Ramadan dan Aidilfitri tahun ini. Roslan Shah terlibat dalam sitkom komedi Warong Kopi Melekek yang bakal ditayangkan di TV1. Katanya, dia bakal merakam dua lagu raya iaitu Sassuey Raya (Jangan Bikin Malu) diterbitkan Impact Music Malaysia dengan edaran Universal Music Malaysia, manakala sebuah lagi lagu berjudul Terlepas Bas Raya hasil ciptaan Akie TheFlow.Selain itu, Cik Lan juga baru sahaja selesai menjalani rakaman program televisyen Suria Sinar Lebaran 2026 atas jemputan stesen Mediacorp Singapura yang akan disiarkan pada malam raya nanti serta penggambaran sitkom komedi Warong Kopi Melekek yang bakal ditayangkan di TV1. Dalam masa sama, Cik Lan juga bakal membuka booth perniagaan di Bazaar Geylang, Admiralty dan Expo sepanjang musim Ramadan. Program YouTube kendaliannya, Night Walk, yang menjalani penggambaran di MBK Film Studio pula terus bersiaran setiap Isnin jam 11.59 malam dengan penampilan artis jemputan seperti Yassin Senario, Que Haidar, Shah Iskandar dan Kamal Adli.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!