SUSULAN berkongsi pengalaman bertemu peniaga yang tidak mesra pelanggan, pelakon dan pengacara Adriana Adnan menegaskan niatnya bukan untuk menjatuhkan sesiapa.Sebaliknya, Adriana, 31, berkata, perkongsiannya itu hanyalah bertujuan menyebarkan kesedaran tentang pentingnya sikap mesra pelanggan. Malah, Adriana berharap peniaga lain tidak berasa takut atau keberatan untuk bertemu dengannya apabila dia berada di mana-mana pasar malam selepas ini.Niat Adriana hanya mahu sebarkan perkara positif."Saya bukan nak jatuhkan sesiapa, cuma nak semua orang faham. Jangan terlalu sedih atau keras dengan hidup sebab saya tahu hidup ini memang tak mudah, memang keras."Tapi kadang-kadang, bila kita gembira atau berkongsi senyuman dengan orang lain, orang itu akan rasa vibe yang sama. "Kita sebenarnya saling memindahkan tenaga positif antara satu sama lain. Jadi saya harap lepas ini, kalau saya pergi pasar malam, jangan pula orang jadi takut atau rasa tak nak terima kehadiran saya," katanya kepada mStar.Bercerita lanjut, Adriana menjelaskan pengalaman itu membuatkan dia lebih menghargai nilai senyuman dalam kehidupan seharian, terutama bagi mereka yang bekerja dalam bidang perkhidmatan pelanggan.ARTIKEL BERKAITAN: Diminta cipta kontroversi demi kekal relevan, Uyaina Arshad pernah disuruh pegang arak dan viralkan… Adriana Adnan pula dilabel terlalu ‘clean’ ARTIKEL BERKAITAN: Adriana Adnan ada syarat dalam pemakaian, tolak baju nampak ketiakKata Adriana, manusia mempunyai hati dan perasaan yang perlu dihormati dan senyuman boleh menjadi medium untuk menyebarkan tenaga positif."Cuma saya rasa, sebagai seorang penjual atau sesiapa sahaja yang bekerja dalam bidang perkhidmatan, tak kisahlah di bank ke, di mana-mana pun, senyuman itu sebenarnya perkara yang mudah."Senyum pun sudah dikira sedekah. Walaupun kau tak okey, kadang-kadang kena juga palsukan senyuman, sebab itu sebahagian daripada kerja bila berurusan dengan manusia."Manusia ada hati dan perasaan. Orang datang nak membeli, nak berkongsi rezeki. Jadi alangkah baiknya kalau kita sambut dengan senyuman. Itu saja sebenarnya yang saya nak sampaikan," ujarnya.Adriana dikenali dengan content pergi pasar malam.Tambahnya, walaupun senyuman itu dibuat-buat, dia tetap akan menghargainya."Kalau lepas ini semua orang senyum, walaupun senyuman itu dibuat-buat, saya okey. Itu bermakna misi saya tercapai," katanya.Sebelum ini, Adriana mencuri perhatian netizen apabila berkongsi pengalaman bertemu beberapa peniaga pasar malam yang tidak mesra pelanggan. Dalam perkongsian itu, dia meluahkan rasa terkilan kerana sikap kurang mesra sebahagian peniaga membuatkan dia berasa serba salah untuk membeli makanan dan minuman.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!