SUSULAN pendedahan pelakon Adriana Adnan yang mendakwa pernah diminta mencipta kontroversi demi kekal relevan dalam industri hiburan, pengacara Uyaina Arshad mendedahkan pengalaman sama dialaminya namun jauh lebih teruk.Menurut Uyaina atau Saidatul Naseha Uyaina Arshad, 34, ketika baru melangkah masuk ke dunia seni dia diminta melakukan perkara bertentangan dengan prinsip diri semata-mata untuk mencipta sensasi. “Adriana, waktu saya mula-mula masuk industri, saya pun disuruh benda yang sama. Tapi pengalaman saya lebih teruk.Uyaina dan Adriana pernah diminta buat kontroversi bagi kekal relevan.“Mereka suruh saya pergi ke kelab malam, pegang arak dan ambil gambar. Kemudian sebarkan gambar tersebut hanya untuk cipta kontroversi,” katanya.Uyaina berkongsi perkara itu ketika membalas Threads milik Adriana pada pagi Khamis.Bagaimanapun, Uyaina bersyukur kerana tidak terpedaya dengan permainan tersebut dan memilih untuk mempertahankan maruah diri serta nilai yang dipegang.Malah Uyaina turut memberikan kata-kata semangat kepada Adriana dengan menyifatkan aktres itu berada di landasan yang betul dan perlu terus melangkah tanpa mengorbankan prinsip diri.ARTIKEL BERKAITAN: Uyaina Arshad belum tahu jantina bayi, mahu kejutan ketika bersalin…. Suami beri kad kredit layankan mengidam emasARTIKEL BERKAITAN: Adriana Adnan ada syarat dalam pemakaian, tolak baju nampak ketiak“Saya bersyukur kerana tidak bodoh dan tidak ikut arahan itu. “Kita buat yang terbaik, selebihnya serahkan kepada Tuhan.“Tak mengapa Adriana, rezeki dan perjalanan setiap orang berbeza. Awak berada di jalan yang betul sekarang. Teruskan, saya sentiasa menyokong,” ujarnya.Sebelum itu, Adriana mendedahkan pernah diminta mencipta kontroversi kerana dianggap terlalu ‘bersih’ dan tidak cukup sensasi untuk menarik perhatian orang ramai.Perkongsian Uyaina dan Adriana di Threads.Menurut Adriana, ada pihak dalam industri menyarankan agar dia melakukan sesuatu yang boleh mencetuskan perhatian umum demi memastikan namanya terus relevan.“Mereka kata saya terlalu ‘clean’ dan tidak cukup ‘newsworthy’. "Industri lebih memilih individu yang sering keluar berita, viral dan mempunyai engagement tinggi di media sosial.“Tapi bagi saya, maruah diri dan keluarga lebih penting. Saya tidak akan mengorbankan perkara itu,” jelasnya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube