suria

“Dia kurang tidur, tak cukup makan” – Cik B hampir pitam urus festival, Vida tetap bangga walau alami sedikit kerugian

Vida dedah Cik B hampir pitam uruskan festival makanan.

USAHAWAN sensasi Datuk Seri Vida meluahkan rasa bangga terhadap pencapaian anaknya, Cik B, yang mencabar diri apabila menganjurkan sebuah festival makanan buat pertama kali.

Menurut Vida, atau nama sebenarnya Hasmiza Othman, 55, usaha yang ditunjukkan oleh Cik B sepanjang menjayakan program tersebut benar-benar menyentuh perasaannya sebagai seorang ibu.

Tambah Vida, dia sendiri menyaksikan kepayahan yang dilalui Cik B sehingga anaknya itu hampir pitam ketika acara sedang berlangsung.

Vida dedah Cik tetap tersenyum layan pengunjung meskipun berasa penat.

“Saya nampak segala usaha Cik B untuk festival yang dianjurkannya. Dia kurang tidur, tak cukup makan, sanggup berpanas sampai hampir pitam, tapi di depan orang dia tetap senyum.

“Bila lihat begitu, hati ibu mana tak sebak? Tapi inilah harga sebuah kejayaan. Saya bangga sebab anak saya belajar erti usaha, bukan hidup senang,” katanya kepada mStar.

Bercerita lanjut mengenai Cik B Vaganza Food Fest, kata Vida, festival berkenaan dirancang sepenuhnya oleh anaknya itu, termasuk pemilihan vendor, konsep acara, dan pengurusan di lokasi.

Malah, Cik B juga turun padang memantau perjalanan acara tanpa mengharapkan kehadiran ibunya untuk memberi tunjuk ajar atau sebagai ‘tarikan utama’.

ARTIKEL BERKAITAN: Disindir banyak duit tapi tiada cef peribadi, Cik B tunjuk bukti amalan gaya hidup sihat… Siap ada ‘coach’ pantau pemakanan

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Vida ‘terpukul’ baca luahan hati Cik B, tetap terima imej tomboi seadanya

“Bila anak saya sanggup buat kerja sampai ke tahap itu, sebagai ibu saya yakin Allah takkan sia-siakan usaha orang yang bersungguh-sungguh.

“Memang ini projek Cik B. Saya sebagai ibu hanya memberi sokongan dari belakang, seperti memberi nasihat dan mendoakan kejayaannya.

“Saya tak nak dia dikenali sebagai ‘anak DSV’, saya nak orang kenal dia sebagai usahawan yang berani ambil risiko,” ujarnya.

Sementara itu, Vida turut mengakui penganjuran festival berkenaan melibatkan kos yang besar, namun menganggapnya sebagai pelaburan jangka panjang buat jenama Cik B.

Vida sentiasa bangga dengan pencapaian anak-anaknya.

“Benar, kos acara ini mencecah sehingga RM500,000 untuk lima hari. Jujur, memang ada kerugian, tapi ini adalah pelaburan nama buat Cik B.

“Kalau kira duit semata-mata, orang boleh kata mahal. Tapi kalau dikira daripada segi harga pengalaman, kepercayaan, dan jenama?

“Hari ini orang kenal Cik B Vaganza. Itu nilai yang tak boleh dibeli dengan iklan biasa,” jelasnya.

Untuk info, Cik B Vaganza Food Fest telah diadakan di Silverlakes Village Outlet, Batu Gajah, Perak, bermula 31 Disember hingga 4 Januari lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain