PELAKON Rahim Jalani meluahkan rasa kagum terhadap pengorbanan Allahyarham Isma Aliff yang tetap setia menjaga arwah ibunya meskipun berada dalam keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan.Rahim, 64, berkata pengorbanan yang dilakukan Isma bukan sesuatu yang mudah untuk dilaksanakan oleh seorang anak, apatah lagi ketika dirinya sendiri sedang berdepan masalah kesihatan. “Saya sangat mendoakan agar Allah memberikan dia tempat yang selesa di syurga atas segala kebaikan dan jasa yang pernah dicurahkan kepada arwah ibunya.“Saya rasa itu satu pengorbanan yang mungkin susah nak dilakukan oleh seorang anak, walaupun dalam keadaan diri sendiri tidak sihat. Setidak-tidaknya, Allah tempatkan dia di syurga kerana pengorbanan dan bakti yang telah dicurahkan,” katanya kepada mStar.Isma hidup sendirian sebelum meninggal dunia.Dia berkongsi perkara itu ketika ditemui di Masjid Jami'Ilhuda Ampang, Selangor pada Rabu.Kata Rahim, arwah juga seorang yang bijak menyorok kesedihan apabila bertemu rakan-rakan selain sentiasa menghiburkan orang sekeliling.Namun kali terakhir mereka berhubung kira-kira tahun 2023 lalu dan hanya mengikuti perkembangan arwah melalui media sosial."Tapi sebagai rakan artis selalu juga kami berjumpa dan berhubung di telefon. Memgenali arwah pada saya dia sangat baik. ARTIKEL BERKAITAN: Harap anak-anak Isma Aliff ziarah pusara, tidak muncul sehingga selesai pengebumianARTIKEL BERKAITAN: Majlis pengebumian Isma Aliff akan diteruskan walau dua anak tak hadir"Dia sangat pandai menyimpan perasaan, bila dengan rakan-rakan mood dia sentiasa ceria," tambahnya.Sementara itu, Datuk Zaharudin Wahab atau lebih dikenali sebagai Den Wahab berkata dia sentiasa bertanya khabar dengan rakan seindustri dan sahabat sekolahnya itu.Malah dia juga sering menghantar makanan kepadanya kerana memahami keadaan arwah yang tinggal bersedirian. Kami hanya mampu beri semangat dan kekuatan supaya dia terus bertahan. DEN WAHABPELAKON“Keadaannya pula tidak begitu kuat untuk berjalan. Bila saya bertanya bagaimana dia menguruskan diri, dia jawab dengan tenang, ‘Aku macam ni sajalah, Den. Aku reda. Setiap pagi aku buat senaman dekat pagar tu.“Saya tanya pula bagaimana dia ke dapur dan makan. Katanya, semuanya dia buat sendiri, makan apa yang ada seperti mi segera dan telur," ujarnya.Tambah Den, dia juga sentiasa bimbang dengan keadaan Allahyarham namun rakannya itu sentiasa reda dengan ujian hidupnya.“Dia tinggal seorang, dan terfikir juga, kalau apa-apa berlaku terjatuh di bilik air atau ketika ke dapur siapa yang akan tahu?Isma selamat dikebumikan pada pukul 6.20 petang Rabu.“Namun dia tetap tenang dan berkata, ‘Tak apa, aku reda saja, Den.’ Kami hanya mampu beri semangat dan kekuatan supaya dia terus bertahan, tetapi ketentuan Allah mengatasi segalanya,” Allahyarham Isma atau Muhammad Latiff Ismail menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Kampung Baharu, Ampang sekita pukul 8.30 pagi hari Rabu.Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana di sini, pada pukul 6.20 petang.Untuk rekod, arwah mendirikan rumah tangga dengan Norha Rafie pada 1986 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube