suria

Siti Nurhaliza tegur penyebaran video persiapan konsert, mohon peminat jangan buat spekulasi

Konsert 30 Legacy Siti Nurhaliza bakal berlangsung pada 10 Januari ini.

DUA hari sebelum berlangsungnya konsert, Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza meluahkan rasa kurang senang apabila tersebar rakaman yang memaparkan reka bentuk pentas yang masih belum siap.

Siti atau nama penuhnya Siti Nurhaliza Tarudin, 47, menjelaskan bahawa rakaman tersebut boleh mengelirukan orang ramai dan mencetuskan persepsi yang tidak tepat mengenai konsert berkenaan.

Penyanyi itu memohon agar peminat tidak membuat spekulasi berhubung rakaman awal lokasi Konsert Legasi 30 Siti Nurhaliza yang bakal berlangsung pada 10 Januari ini di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), Kuala Lumpur.

Komen Siti di platform TikTok mendapat perhatian ramai.

“Ini yang saya marah bila suka-suka masuk dan buat video.

“Semua belum siap dan yang menonton video ini pun tidak perlu membuat penilaian awal,” katanya.

Sebelum ini, seorang pengguna TikTok memuat naik video yang memaparkan persiapan konsert di SNBJ itu, sekali gus mengundang pelbagai reaksi netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: Nama dipertikai sebagai artis undangan konsert Legacy 30 Siti Nurhaliza, Umairah sebak kenang usaha sendiri

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Siti Nurhaliza terima anugerah khas ‘Lifetime Achievement Award’… “Wanita hari ini bukan lagi hanya duduk di dapur”

Antara komen yang diterima termasuk persoalan mengenai saiz paparan skrin dan pentas yang dilihat terlalu kecil berbanding kapasiti stadium tersebut.

Untuk makluman, Konsert Legacy 30 Siti Nurhaliza dianjurkan bagi meraikan perjalanan seni penyanyi berkenaan selama tiga dekad dalam industri muzik tanah air.

Dijangka seramai 65,000 peminat akan hadir menyaksikan konsert berkenaan.

Siti turut menampilkan beberapa penyanyi popular dari Malaysia dan Indonesia sebagai artis undangan, termasuk Cakra Khan, Hafiz Suip, Noh Salleh dan Umairah.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain