PENGACARA Fedtri Yahya tampil memberi pandangan berhubung isu lirik lagu yang membawa maksud keterlaluan seperti yang hangat menjadi bulanan di media sosial. Fedtri atau Ahmad Fedtri Yahya, 46, yang juga merupakan seorang penulis lirik berpendapat perkara tersebut sebagai sesuatu yang wajar diberi perhatian serius demi menjaga maruah seni tempatan. Secara peribadi dia mengakui berasa kurang selesa apabila membaca lirik lagu yang disifatkan sarat dengan maksud berlapik yang keterlaluan.Fedtri kurang selesa apabila membaca lirik lagu mempunyai unsur berlapik yang keterlaluan.“Saya terasa segan apabila membaca lirik yang penuh dengan makna dua lapis. Bayangkan pula jika lagu sebegitu dipersembahkan di hadapan keluarga, lengkap dengan gerakan dan ungkapan yang membawa maksud tertentu.“Sebagai pengkarya, kita perlu sedar bahawa seni bukan sekadar hiburan semata-mata. Ia membawa mesej, nilai dan contoh kepada masyarakat,” katanya kepada mStar.Fedtri berkongsi pandangan itu ketika ditemui pada majlis tayangan filem The Voice of Hind Rajab yang berlangsung di GSC Mid Valley, Kuala Lumpur, pada malam Selasa.Dalam masa sama, penulis lirik itu juga menegaskan isu tersebut tidak seharusnya dilihat sebagai usaha menghukum mana-mana individu, sebaliknya sebagai peringatan dan panduan kepada pengkarya.ARTIKEL BERKAITAN: Dulu rawatan batin, kini foto Fedtri Yahya jadi bahan promosi khidmat ‘scan’ pasangan curang!ARTIKEL BERKAITAN: Fedtri Yahya terlibat kemalangan, selesai jalani pembedahan - “Banyak kecederaan di muka, semuanya sudah dijahit sempurna”Apa yang lebih membimbangkan, ujar Fedtri, ialah pengaruh negatif daripada lagu dan persembahan sedemikian mula meresap kepada golongan muda apabila kanak-kanak serta remaja dilihat meniru gaya dan ekspresi yang tidak sesuai dengan usia mereka.“Sebab itu ia dipanggil ‘seni’. Keindahan datang daripada kebijaksanaan memilih kata, bukan sekadar menyebut apa sahaja demi perhatian. Berkarya memang perlukan keberanian, tetapi batasan tetap wajib dijaga.“Ini bukan soal menghukum individu, apatah lagi kebanyakannya adalah kenalan kita sendiri. Ia lebih kepada usaha menyedarkan dan membimbing agar karya yang dihasilkan membawa imej lebih mulia. Fedtri antara salah seorang suara utama bagi kempen Hind Rajab: Suara Terakhir.“Kita seharusnya menampilkan contoh yang positif kerana mereka ini mudah terpengaruh,” ujarnya. Dalam perkembangan lain, Fedtri merupakan salah seorang suara utama bagi kempen Hind Rajab: Suara Terakhir bagi mempromosikan filem The Voice of Hind Rajab.Sebagai simbol empati dan solidariti, Media Prima akan menyumbangkan RM1 daripada bahagiannya bagi setiap tiket yang terjual kepada Tabung Kemanusiaan Palestin Media Prima.Filem yang disampaikan dalam bahasa Arab dan Inggeris serta dilengkapi sari kata Bahasa Malaysia itu akan ditayangkan di pawagam terpilih bermula 8 Januari ini.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube