suria
mStar - Urban.Versatil

Bayi baru lahir diusung ke bazar Ramadan, mak ayah redah lautan manusia sambil tolak stroller... Orang lain pula tolong risau keadaan anak

Ibu bapa tak sepatutnya membawa anak yang masih kecil ke bazar Ramadan. -Gambar hiasan AI

BAZAR Ramadan di seluruh negara menjadi tumpuan orang ramai yang mahu mencari juadah serta minuman untuk berbuka puasa.

Di Threads, seorang wanita tular selepas dia membuat teguran terbuka kepada segelintir ibu bapa yang membawa bayi ke bazar Ramadan.

Menurut wanita itu, dia hairan dengan sikap segelintir ibu bapa yang tergamak membawa kereta sorong bayi ke tempat yang sesak seperti bazar Ramadan.

A dense crowd of shoppers moves through rows of food and retail stalls at the Bazar Ramadan Kampong Bharu 2026, Kuala Lumpur. — FAIHAN GHANI/The Star

Bazar Ramadan sesak dengan pengunjung yang sedang mencari juadah berbuka puasa. -Gambar hiasan

"Tolonglah yang nak pergi bazar tu, tak payahlah nak bersesak bawak stroller. Lagi-lagi dengan baby yang baru berusia beberapa minggu.

"Kau 'bantai' bawa anak dengan berhimpit dan sesaknya, lepas tu asap makanan lagi. Tak kesian dekat anak ke? Tolonglah jadi ibu bapa yang cerdik sikit," tulisnya.

Tambah wanita itu, dia sekadar membuat teguran kerana simpati melihat nasib bayi yang dibawa ke tempat-tempat tidak bersesuaian.

  • Pelayar Threads tegur ibu bapa bawa bayi ke bazar Ramadan.
  • Ada ibu bapa bawa kereta sorong bayi sambil redah lautan manusia di bazar.
  • Mereka juga didakwa tidak hirau cuaca panas serta asap yang membayakan bayi.
  • Malah, ada ibu bapa marah apabila kereta sorong bayi mereka dilanggar pengunjung bazar.

Di ruangan komen, seorang lagi wanita berkata dia juga pernah menegur individu yang membawa kereta sorong bayi ke bazar Ramadan.

"Saya pernah kena dengan orang yang bawa stroller. Bila terlanggar, saya minta maaf, tapi dia jeling. Terus saya sambung dengan nada nyaring. 

"Saya kata, dah tahu sesak, nak juga bawa stroller. Bila dah kena langgar kau jeling pula. Semua pandang masa tu, kisah pula aku," tulisnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Pasangan mabuk bercinta jalan beriringan di taman, marah ibu tolak stroller minta laluan - "Aku dah panggil kau tiga kali"

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda bidas mak ayah bawa bayi ke acara 'padat manusia', panas! Ada juga rimas dengan stroller - "Tak faham apa mereka fikir"

Netizen yang lain turut menasihati ibu bapa agar mengelakkan tempat yang boleh menjejaskan kesihatan bayi.

"Saya pun nampak, ada akak tu bawa bayi baru lahir. Dengan asapnya lagi.

"Bayi yang dah besar pun ada jenis kulit sensitif, apatah lagi bayi baru lahir. Kesianlah anak tu," ujarnya.

Artikel Lain