Jenaka yang menghina negeri tidak wajar diteruskan, apatah lagi ketika umat Islam sedang berpuasa. -Gambar hiasan AI
JENAKA media sosial mengenai 'kempen tangkap orang Kelantan' masih lagi hangat menjadi perdebatan warga maya.Pada Khamis, tular pula satu hantaran Threads seorang wanita yang didakwa menghina rakyat Kelantan, apatah lagi ia dikaitkan dengan bulan suci Ramadan. "Alhamdulillah, hari pertama Ramadan sudah selesai. Orang Kelantan dah kena ikat ke belum?" tulis wanita itu.Tangkap layar hantaran wanita itu yang didakwa menghina rakyat Kelantan.Perkongsian berkenaan dipercayai sudah dipadam, namun tangkap layarnya masih boleh dibaca selepas ia dimuat naik semula oleh seorang lagi pelayar Threads.Menurut pelayar Threads itu, dia tidak bersetuju dengan kenyataan wanita berkenaan malah menganggapnya sebagai jenaka yang tidak wajar."Kenapa, orang Kelantan ni syaitan ke? (kena ikat). Kenapa dengan orang yang menghina Kelantan ni?Jenaka media sosial yang dianggap menghina orang Kelantan masih lagi jadi bualan warga maya.Kali ini seorang wanita tular selepas bertanya soalan tidak sensitif yang dianggap menghina Kelantan.Wanita itu sudah padam hantarannya, namun tangkap layar tular itu di Thread sehingga dia teruk dikecam.Netizen minta hentikan penghinaan terhadap orang Kelantan memandangkan bulan Ramadan baru sahaja bermula.Ringkasan ini dijana oleh AI"Dah puasa satu hari, tahan lapar dahaga, akhirnya pahala puasa hilang sebab mengutuk negeri orang. Bulan mulia ni orang buat kebaikan," tegur individu itu.Malah, ramai lagi pelayar Threads yang lain turut menegur sikap individu terbabit yang dianggap tidak menghormati kesucian bulan Ramadan."Mula-mula okey lagi jenaka macam tu. Lama-lama jadi meluat. Dia nak samakan orang Kelantan dengan syaitan ke?ARTIKEL BERKAITAN: Wanita tempik pemandu bas ekspres izin ‘penumpang haram’ ikut balik Kelantan! Panas hati disuruh duduk tempat kelindanARTIKEL BERKAITAN: Mek Kelantan dihina teman lelaki, anggap kerja buat ‘affiliate’ tiada masa depan - “Awak tu followers pun tiada”"Menyiratnya rasa. Orang negeri Kelantan ada kacau keturunan dia ke?"Ada sesetengah jenaka boleh diterima. Tapi kita tak boleh terima bila dikaitkan tentang agama dan kaum."Dia bukan ada sebab pun nak benci Kelantan. Dia hanya ikut trend media sosial," tulis beberapa netizen.