suria
mStar - Urban.Versatil

Wanita tempik pemandu bas ekspres izin ‘penumpang haram’ ikut balik Kelantan! Panas hati disuruh duduk tempat kelindan

Setiap penumpang bas diwajibkan duduk di tempat yang ditetapkan demi menjaga keselamatan. -Gambar hiasan AI

BAGI mereka yang sering menggunakan pengangkutan awam pastinya pernah berdepan situasi di mana penumpang lain duduk di kerusi bernombor yang dikhususkan untuk anda.

Situasi itu dialami seorang wanita yang ingin pulang ke Kelantan apabila mendapati tempat duduknya di dalam sebuah bas diambil seseorang.

Menurutnya, dia merupakan penumpang terakhir menaiki bas itu dan ditempatkan di tempat duduk tunggal di bahagian hadapan.

Pemandu bas perlu bijak dalam menangani masalah membabitkan penumpang. -Gambar hiasan AIPemandu bas perlu bijak dalam menangani masalah membabitkan penumpang. -Gambar hiasan AI

"Beritahu pemandu kerusi aku dah ada perempuan duduk, rupanya dia salah beli tiket. Tiket dia bulan Mac, tapi dia tetap tak berganjak daripada kerusi tu.

"Pemandu pula suruh aku duduk di kerusi sebelah pemandu (kerusi pemandu kedua)," kongsinya dalam nada kecewa.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar miskin terlepas flight... ‘licin’ duit belanja, PTPTN beli tiket baharu! Kini cuma ada RM15, yang penting dapat ke kelas

ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh sama lantang ‘gaduh’ dengan Pak Arab, 2 gadis Malaysia berdepan ‘drama’ salah naik kereta api di Mesir - “Merasa tidur dalam tren orang kaya”

Tambah pengadu, pemandu bas itu turut menyarankan agar dia menaiki bas lain di hentian rehat dan rawat (R&R) bagi mengelak masalah berebut tempat duduk dengan perempuan tersebut.

"Aku pun setuju kerana ingat bas tu ada kerusi tunggal juga. Jadi sebelum turun untuk berpindah, aku tanya la... bang bas tu single seat juga ke?

"Pemandu tu kata tak, katanya aku kena pandai-pandai cari sendiri. Dalam hati aku tertanya, kenapa mereka buat aku macam ni," luahnya.

Situasi itu mendorong wanita tersebut untuk bersuara kerana biasanya dia seorang yang introvert dan jarang membantah.

  • Seorang wanita kecewa kerusinya di bas diduduki penumpang tersalah tiket.
  • Pemandu suruh dia duduk sementara atau tunggu bas lain.
  • Wanita itu akhirnya bersuara menuntut haknya.
  • Penumpang yang tersalah tiket akhirnya turun selepas pemandu menasihati.
  • Netizen memuji keberanian dan kritik pemandu bas.

"Aku geram, terus aku kata... bang boleh tak suruh akak tu yang turun cari seat dekat bas sana sebab sekarang ni dia yang salah, dia ambil seat saya.

"Sumpah aku dah tak boleh tahan nak marah. Akhirnya selepas dua kali pemandu suruh akak tu turun, baru dia nak turun," katanya.

Tambahnya, masalah itu tidak akan timbul jika daripada awal pemandu itu tidak melayan perempuan tersalah tiket untuk terus duduk di kerusi tersebut.

Perkongsian itu menarik perhatian netizen yang memuji keberanian wanita itu dalam menuntut haknya sebagai pengguna.

Dalam masa sama mereka mempertikaikan keputusan pemandu bas terbabit yang awalnya memberi keistimewaan kepada penumpang yang tersalah tiket.

"Alhamdulillah suka pengakhiran macam ni, kena belajar tegas macam ni agar tak dipijak orang lain," kata netizen.

Artikel Lain