suria
mStar - Urban.Versatil

2 bulan sebelum Aidilfitri, wanita mula gelisah... Benci hadap ahli keluarga, amalan berkumpul ramai-ramai

Segelintir individu kurang selesa apabila perlu berjumpa saudara mara sewaktu Aidilfitri. -Gambar hiasan AI

KETERUJAAN untuk pulang ke kampung bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri pada Mac ini sudah mula dirasai apatah lagi Ramadan bakal tiba.

Namun, ada juga individu yang mula gelisah untuk meraikan Aidilfitri hanya kerana mereka perlu berdepan dengan ahli keluarga, saudara mara serta jiran tetangga.

Di Thread, seorang wanita meraih perhatian selepas meluahkan perasaan kurang gembira untuk meraikan hari raya pada Mac ini.

Aidilfitri sepatutnya dimanfaatkan untuk meluangkan masa bersama keluarga. -Gambar hiasan AI

Aidilfitri sepatutnya dimanfaatkan untuk meluangkan masa bersama keluarga. -Gambar hiasan AI

"Aku seorang je ke yang bila dekat beberapa bulan nak raya, aku dah mula rasa gelisah.

"Nak kena berkumpul dengan semua keluarga. Kalau buat hal, nanti dilabel sombong. Serius aku tak suka hari raya," luahnya, yang membuat luahan itu pada Januari lalu.

Hantaran ringkas itu dihujani hampir 500 komen netizen dan tanpa disangka ramai sebenarnya individu yang turut berdepan dilema sama.

  • Wanita luah rasa tak gembira untuk meraikan Aidilfitri Mac nanti.
  • Dia gelisah kerana perlu berjumpa ramai orang sewaktu hari raya.
  • Dia tidak selesa apabila banyak aspek kehidupan menjadi topik perbandingan suadara mara.
  • Beberapa pelayar Thread yang lain mengakui mereka juga berdepan situasi sama setiap kali raya.

Menurut seorang wanita, dia seolah-olah 'trauma' untuk beraya kerana ia sering menjadi medan perbandingan sesama ahli keluarga.

"Benci bila berkumpul ramai-ramai, mesti banding keputusan peperiksaan dan kena body shaming. Bila dah dewasa, orang banding pekerjaan dengan gaji pula.

"Jadi bila dewasa, saya lebih memilih untuk tak sambut raya, sebab penat nak hadap semua tu. Mak saya pun dah tak kisah pasal raya," tulis wanita itu pula.

ARTIKEL BERKAITAN: Lepas 3 tahun tak balik raya, pemuda terbuka hati jenguk ayah uzur... Tapi kepulangan disambut makian - “Dulu mak cuba gugurkan aku”

ARTIKEL BERKAITAN: Drama air mata di pagi raya buat semua terkejut... sampailah kakak dedah kisah sebenar - “Masa dengan mak ayah, adik tak menangis seteruk itu”

Tambah beberapa pelayar Thread, mereka juga tidak suka untuk beraya kerana penat membuat persiapan serta perlu melayan tetamu.

"Saya tak suka sebab kelam kabut masak itu ini. Nak berehat pun payah.

"Samalah. Tak suka raya. Serabut nak kena pergi visit rumah orang lain, dah la tak kenal rapat pun. Semak. 

"Raya ni best. Tapi dia jadi tak best sebab yang berkumpul pula jenis pemalas tahap hauk," tulis netizen lagi.

Artikel Lain