TRAUMA yang dialami mangsa gangguan seksual bukan sahaja sukar dipadam daripada ingatan, malah mampu meninggalkan kesan mendalam untuk tempoh yang panjang.Di Thread, seorang wanita mendakwa dia pernah menjadi mangsa cabul abangnya sewaktu zaman kanak-kanak dan masih belum mampu melupakan kejadian itu walaupun sudah lebih 10 tahun ia berlaku. "Aku sampai sekarang tak akan maafkan abang aku. Aku masih ingat apa yang dibuat masa aku umur sembilan tahun. Masa tu dia umur 14 tahun.Ibu bapa sepatutnya bertindak sekiranya anak mengadu dicabul. -Gambar hiasan AI"Dia raba payudara aku setiap kali dia marah. Dia picit sakit gila. Masa tu aku takut sangat. Aku tak tahu apa benda yang abang aku tengah buat. Banyak kali dia buat."Sampai sekarang aku masih ingat lagi kejadian itu bermain di minda. Abang aku pun tak pernah minta maaf dengan aku sehingga ke hari ni," tulisnya.Menurut wanita itu, dia juga pernah mengadu kepada ibu, namun tiada sebarang tindakan diambil ke atas abangnya.Wanita kongsi cerita dicabul abang ketika zaman kanak-kanak.Dia masih tidak boleh lupa kejadian itu walaupun kini sudah dewasa.Dia pernah mengadu kepada ibunya, namun tiada apa-apa tindakan diambil.Netizen luah rasa kecewa terhadap sikap ibunya yang mempertahankan anak lelaki.Ringkasan ini dijana oleh AI"Mak aku cakap dia main-main je. Walhal masa aku cerita tu, aku menangis. Aku mula buka cerita masa aku dah berumur 19 tahun."Sampai sekarang aku tak bercakap dengan abang aku. Mak pula selalu sanjung dia. Tapi setiap malam memang aku ingat benda tu. Kadang harap sangat dia dapat kifarah," tulis wanita itu lagi.Di ruangan komen, ramai pelayar Thread meluahkan kekecewaan terhadap ibu wanita itu kerana gagal melindungi anak sendiri dan sanggup mempertahankan pelaku.ARTIKEL BERKAITAN: “Dia hempap badan, gesel-gesel” - Gadis ambil masa 15 tahun bongkar kisah sepupu durjana, mengaku jadi ‘hamba’ nafsu sejak usia 5 tahunARTIKEL BERKAITAN: Cikgu disiplin jumpa rakaman video bogel pelajar sendiri dalam kelas, terbongkar kes rogol berkumpulan di sekolahMalah, ada juga pelayar Thread yang berkongsi pengalaman mereka berdepan situasi serupa ketika masih kanak-kanak."Aku pun kena masa umur enam tahun. Abang tingkatan lima masa tu. Dia tindih dan gesel-gesel aku. Bila besar baru aku faham apa yang dia buat."Sayang anak lelaki tapi tak tegur. Semoga mereka dapat kifarah atas perbuatan tidak bermoral."Mak kau ni kan, aku tak faham la jenis orang yang 'mendewakan' anak jantan dia," tulis beberapa netizen.PeringatanMenurut laman advokasi kesihatan Hello Doktor, tindakan melindungi pelaku dengan cara mendiamkan kes memberikan isyarat yang salah kepada kanak-kanak.Ini akan menyebabkan mereka percaya kejadian tersebut berlaku disebabkan kesalahan mereka dan membesar dengan trauma dalaman yang tidak terungkai.Trauma zaman kanak-kanak sebenarnya boleh menyebabkan perasaan benci pada diri sendiri yang kronik.Maka tidak hairanlah semakin teruk pengalaman buruk zaman kanak-kanak yang dihadapi mangsa, semakin tinggi risiko masalah tingkah laku seperti alkoholisme, penyalahgunaan dadah, merokok dan seks bebas.