BAHAGIA yang dibina bertahun-tahun akhirnya runtuh sekelip mata dengan kehadiran orang ketiga. Itulah ujian getir yang dilalui seorang wanita ini apabila rumah tangganya kini diambang penceraian gara-gara 'disondol' wanita lain. Menerusi satu perkongsian di media sosial, wanita itu mendedahkan dia dihubungi seorang perempuan yang memohon maaf kerana menjalinkan hubungan dengan suaminya sehingga terlanjur dan kini hamil.Lebih mengejutkan, individu berkenaan merayu agar diberikan izin untuk berkahwin sebagai isteri kedua atas alasan mahu memastikan anak dalam kandungannya mempunyai bapa yang sah.ARTIKEL BERKAITAN: Hidup tak bahagia, penyondol menyesal kahwin laki orang... Lagi 'parah' suami perlekeh niat cerai sebab tak daftar nikahARTIKEL BERKAITAN: Jemaah wanita menggatal dengan mutawif... Berani mesej suami orang hantar emoji ‘love’ - “Sis… penyondol pun pergi umrah!”"Wujud ke penyondol yang baik? (Dia) minta maaf sebab dah 'tersondol' suami orang dan termengandung anak suami orang."Minta maaf untuk minta izin kahwin jadi isteri nombor dua sebab nak dapatkan nasab anak... nak anaknya ada bapa. Siap janji tak nak tuntut apa-apa," tulis wanita itu dalam perkongsian di Thread.Menurut wanita tersebut, dia berada dalam dilema antara perasaan sendiri dan nasib bayi tidak berdosa yang dikandung kekasih gelap suaminya itu.Sikap jujur penting dalam sesebuah ikatan perkahwinan. -Gambar hiasanTambahnya lagi, tutur kata individu terbabit yang lembut dan penuh penyesalan membuatkan hatinya berbelah bahagi."Mungkin sebab cara dia bercakap dengan saya sangatlah lemah lembut, saya rasa dia orang baik tapi tersilap langkah."Saya saya cuma kesiankan anak tu walaupun rasa tak adil," tulisnya lagi. Seorang wanita mendakwa rumah tangganya di ambang penceraian selepas ‘disondol’ wanita lain.Individu terbabit menghubunginya, memohon maaf kerana terlanjur dengan suaminya sehingga hamil.Dia merayu mahu jadi isteri kedua demi memastikan anak dalam kandungan mempunyai bapa yang sah.Wanita itu dilema kerana simpati terhadap bayi tidak berdosa.Netizen menasihatkannya supaya menilai semula hubungan perkahwinan.Ringkasan ini dijana oleh AIPerkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang rata-ratanya menyarankan agar dia menilai semula hubungan yang telah dikhianati itu sebelum membuat sebarang keputusan.Ada yang berpendapat kehadiran orang ketiga sehingga mengakibatkan kehamilan bukan kesilapan kecil yang boleh dipandang ringan, malah menyifatkannya sebagai pengkhianatan besar terhadap ikatan perkahwinan. Nasab anak zinaMenurut laman Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan, secara alternatif, anak berkenaan dinasabkan kepada ibunya, wasiat boleh diberikan dan wali perkahwinan adalah wali hakim. Jika lelaki yang berzina itu berkahwin dengan ibunya, dia dianggap sebagai bapa tiri yang membolehkan mereka berdua berkhalwat, bersalaman dan mendedahkan aurat seperti hukum mahram muabbad.Justeru, tetap tidak boleh dibinkan atau dibintikan anak zina dengan lelaki yang menyebabkan kelahirannya.