Setiap daripada kita perlu menjaga batas pergaulan terutama bagi mereka yang sudah berkahwin. -Gambar hiasan AI
SEORANG isteri meluahkan rasa kurang senang apabila suaminya yang bekerja sebagai mutawif iaitu pembimbing ibadah haji dan umrah 'diganggu' jemaah wanita selepas pulang dari Tanah Suci.Menurut wanita itu, dia memahami kerjaya suaminya yang sering menjadi rujukan para jemaah tak kira lelaki atau perempuan, namun berpendapat ada batas yang perlu dijaga apabila melibatkan suami orang. "Normal ke DM suami orang lepas urusan umrah dah settle? Saya faham, ramai impikan suami mutawif. Tapi lepas urusan umrah selesai, tak perlu DM suami orang secara peribadi. Mengerjakan umrah dan ibadah haji merupakan impian semua umat Islam. -Gambar hiasan"Chat group ada, channel (saluran) rasmi pun ada. Mesej suami orang siap emoji love pun tak manis. Dia suami orang, bapa kepada tiga anak. Tolong hormat batas dan perasaan isteri," tulisnya.Tambahnya lagi, jika ada jemaah yang memerlukan khidmat mutawif, dia sendiri boleh mencadangkan rakan-rakan suaminya yang masih bujang dan berkelayakan.Bagi mengelakkan salah faham berulang, wanita itu memaklumkan semua urusan komunikasi jemaah akan dipantau olehnya dan disarankan menggunakan saluran rasmi yang disediakan.ARTIKEL BERKAITAN: Pergi umrah mengadu kerja ‘gomen’ bosan, tak mencabar! Pemuda kini hilang nikmat masa lapang, sangat sibuk di tempat baharuARTIKEL BERKAITAN: Suami buat hal bercinta dengan gadis kelas marketing, isterinya ditanya tentang madu ketika sama-sama tunai umrah - “Tak sangka suami sambut birthday dia di Madinah”"Tak wajar kalau ada yang kata mereka tak tahu mutawif dah beristeri dan ada anak. Suami saya memang akan perkenalkan diri dan maklumkan status dari awal."Malah saya dan anak-anak pun ikut sekali masa ziarah. Jadi memang tak wujud istilah tak tahu," jelasnya lagi.Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen di ruangan komen selepas dikongsikan di media sosial.Ada yang bersetuju bahawa perkara itu sememangnya berlaku dan boleh menguji rumah tangga jika tidak dikawal daripada awal.Isteri tidak selesa jemaah DM suami selepas umrah selesai.Tegas guna group atau saluran rasmi, bukan mesej peribadi.Alasan tak tahu suami orang dianggap tak munasabah.Semua mesej jemaah akan dipantau bagi elak salah faham.Netizen setuju batas pergaulan perlu dijaga.Ringkasan ini dijana oleh AI"Memang ramai nak suami spec (spesifikasi atau ciri-ciri) ustaz-ustaz. Kalau sebelah pihak tak melayan, insya-Allah tak akan melarat. Dia jadi lain kalau dua-dua pihak merenyam"Bukan nak pukul rata tau. Tapi saya sendiri yang menguruskan jemaah umrah dan memang ada jemaah yang dengan beraninya tawar diri nak jadi isteri kepada mutawif."Penyondol pun pergi umrah sis. Pernah terjadi dekat jiran saya macam ni la. Lama-lama dengan mutawif tu sekali naik syeikh (hilang pertimbangan) sanggup tinggalkan anak bini," komen beberapa netizen.