suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ibu bapa ditahan susulan 3 anak disyaki diberi minum methadone hingga seorang maut

Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001. -Gambar hiasan

SEPASANG suami isteri ditahan polis bagi membantu siasatan susulan kes tiga kanak-kanak dipercayai diberi minum cecair berbahaya jenis methadone sehingga mengakibatkan seorang daripada maut.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, pasangan itu yang merupakan ibu bapa kepada tiga kanak-kanak berkenaan, masing-masing berusia 35 dan 44 tahun.

Menurutnya, pihak polis menerima maklumat daripada pegawai perubatan Hospital Tengku Permaisuri Norashikin pada kira-kira pukul 9.01 pagi mengenai tiga kanak-kanak lelaki warga tempatan yang dibawa ke Jabatan Kecemasan hospital berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Tragis... Budak 11 tahun maut, dua adik kritikal disyaki diberi minum methadone

"Hasil siasatan awal mendapati seorang kanak-kanak lelaki berumur kira-kira 11 tahun disahkan meninggal dunia ketika dibawa ke hospital. 

"Dua lagi mangsa, masing-masing berumur kira-kira 10 tahun dan lima tahun, kini menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU)," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Beliau menambah, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001, dan siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian. 

 

Artikel Lain