Individu tidak dikenali (foto kanan) meminta seorang wanita membawa beg di KLIA. -Gambar media sosial
SEORANG wanita mungkin menjadi 'keldai' barangan terlarang selepas dihampiri individu tidak dikenali yang memintanya membawa sebuah beg ketika sedang bergegas ke pintu pelepasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 2.Berdasarkan video yang dikongsi [Tonton Video], wanita berkenaan sedang sibuk menguruskan dua anaknya sebelum seorang wanita lingkungan 50-an secara tiba-tiba meminta bantuannya membawa beg melalui kawasan pemeriksaan. Paling menghairankan, individu itu juga dilihat memegang tiket kapal terbang dan tindakannya itu menimbulkan persoalan barangan yang terdapat dalam beg tersebut."Nak mudah je, pada hal dia sendiri pegang dah pasport dan boarding pass tapi tak nak masuk."Kita ni kalut takut pintu tutup dengan bawa dua anak, menyempat lagi dia hulur beg. Nak seludup apa tak tahu," katanya.Video itu turut memaparkan individu tersebut cuba menyerahkan beg kepada wanita itu sebelum dilarang adik iparnya (perakam video)."Tolong saya," kata individu itu."Jangan ambil, kita tak tahu ada apa dalam tu," kata adik ipar wanita tersebut.Perkongsian itu menarik perhatian netizen yang mendakwa sebagai staf lapangan terbang yang memuji tindakan bijak wanita itu menolak permintaan individu terbabit."Tindakan yang bagus. Jangan pandang mudah hal ni, banyak dah kes orang suruh bawa beg sebab dalam tu ada something," katanya."Macam ni la modus operandi. Dia perhati dan cari orang tengah kalut kemudian dia cuba. Sebab dia tahu orang yang tengah kalut ni tak boleh fikir dengan jelas. Bahaya," kata netizen.