suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Fouziah Gous kembali berlakon selepas sedekad, suami beri ‘lampu hijau‘

Fouziah syukur dapat suami yang memahami.

PELAKON Datin Fouziah Gous bersyukur kerana mendapat sokongan penuh suaminya, Datuk Zhafran Zainal Abidin atau Zaf, untuk kembali aktif dalam dunia lakonan selepas lebih 10 tahun berehat.

Fouziah, 43, berkata,  dia bertuah kerana Zaf tidak pernah mencampuri urusan peribadinya mahupun menentukan perkara yang perlu dilakukan sebagai seorang isteri.

“Saya beruntung kerana mempunyai suami seperti Zaf. Saya tidak pernah berdepan masalah suami tidak membenarkan saya berlakon. Perkara itu tidak pernah wujud dalam hubungan kami.

Fouziah syukur dapat suami yang memahami.

“Zaf seorang yang sangat menyokong saya. Apa juga keputusan berkaitan perniagaan atau perkara lain, dia tidak mencampuri urusan saya.

“Dia bukan jenis yang suka mengarah atau menentukan apa yang saya perlu lakukan. Dia langsung tidak meletakkan sebarang syarat,” katanya.

Bercerita mengenai kemunculan semula dalam bidang lakonan, Fouziah mengakui sudah lama tidak memberi fokus yang serius terhadap dunia seni ekoran komitmen pada bisnes.

Menurutnya, walaupun ada menerima tawaran berlakon secara kecil-kecilan sekitar tujuh tahun lalu, sudah lebih sedekad dia tidak terlibat secara serius dalam penggambaran drama.

ARTIKEL BERKAITAN: Alhamdulillah... Fouziah Gous syukur berjaya khatam al-Quran di Madinah, gembira ditemani suami

ARTIKEL BERKAITAN:  Sibuk dengan bisnes, Fouziah Gous hanya pilih tawaran yang beri impak

“Saya sebenarnya sudah lupa bila kali terakhir saya berlakon. Saya fikir semula, saya sudah berkahwin dan baru menyambut ulang tahun perkahwinan. 

"Jadi, saya anggarkan sudah lebih kurang 10 tahun tidak berlakon. Dalam tempoh itu ada juga berlakon sedikit-sedikit,” ujarnya.

Fouziah berkata, pelawaan pengarah dan penerbit terkenal, Erma Fatima, menjadi antara faktor yang mendorongnya menerima kembali tawaran berlakon.

Jelasnya, watak yang ditawarkan serta keyakinan diberikan Erma membuatkan dia bersedia mencabar diri walaupun pada awalnya bimbang tidak mampu memberikan komitmen seperti yang diharapkan.

Fouziah tak terganggu dengan jadual penggambaran.

“Saya fikir, berat juga watak ini. Saya sudah lama tidak berlakon, jadi saya tertanya-tanya, awak tak risau ke saya rosakkan cerita awak?

“Saya risau tidak dapat memberikan komitmen dari segi masa. Tetapi kali ini, Alhamdulillah, jadual penggambaran agak singkat.

“Saya pergi ke lokasi seperti pergi ke pejabat. Selepas Subuh saya sudah bergerak ke lokasi dan pukul 6 petang sudah pulang. Penggambaran pula tiga kali seminggu,” kongsinya.

Tambah Fouziah, tanggungjawabnya kini berbeza berbanding ketika aktif sebagai pelakon dahulu apabila dia perlu mengimbangi kerjaya seni dengan urusan pekerjaan hakiki.

Fouziah akui banyak ragui kemampuan diri selepas 10 tahun tak berlakon.

Katanya, jadual penggambaran yang teratur banyak membantunya memastikan komitmen terhadap lakonan tidak mengganggu urusan bisnes.

“Sekarang keadaan sudah terbalik. Dulu, kerja hakiki kita dalam industri seni dan perkara lain dianggap sambilan. Sekarang saya sudah ada kerja hakiki sendiri.

“Saya rasa Mama Erma banyak memudahkan urusan dan meyakinkan saya. Selepas 10 tahun tidak berlakon, memang terasa berat untuk menerima tawaran ini, tetapi dia berjaya memberikan keyakinan kepada saya,” jelasnya.

Fouziah bersedia dengan komen netizen.

Mengulas mengenai hasil lakonannya, Fouziah mengakui masih mempunyai keraguan terhadap kemampuan diri selepas sekian lama meninggalkan bidang berkenaan.

Bagaimanapun, dia bersyukur kerana proses penggambaran berjalan lancar dan suasana di lokasi memudahkannya menyesuaikan diri semula.

“Alhamdulillah, suasana di set penggambaran pun mudah sahaja. Cuma selepas 10 tahun tidak berlakon, sudah tentu timbul perasaan tertanya-tanya, betul ke ini? Okey ke tidak?

“Banyak perkara yang bermain dalam fikiran. Biasalah, apabila pengarah kata okey, kita ikut sahaja. Tetapi sebenarnya, banyak juga perkara yang saya rasa kurang berpuas hati dengan lakonan sendiri,” katanya.

Drama lakonan Fouziah itu dijangka menemui penonton menerusi TV3 pada November.

Artikel Lain