PELAKON Ikmal Amry mendedahkan dirinya hanya mencapai akil baligh ketika berusia 17 tahun, iaitu sewaktu berada di Tingkatan Lima.Ikmal atau nama sebenarnya Mohd. Zulikmal Amry Ghazali, 32, berkata dia pernah mendapatkan nasihat doktor berhubung perkara itu dan dimaklumkan bahawa keadaan tersebut adalah normal. “Saya akil baligh ketika Tingkatan Lima, umur 17 tahun. Saya pernah jumpa doktor mengenai perkara ini dan ia normal.Pendedahan Ikmal (kanan) mengejutkan Pak Nil.“Ketika Tingkatan Empat, suara saya masih kecil dan ketinggian saya hanya 160 sentimeter (sm). Saya nampak seperti budak darjah enam,” katanya.Ikmal berkongsi perkara itu menerusi video sedutan podcast Kita Kita Aje kendalian pengacara popular, Datuk Aznil Haji Nawawi.Berkongsi lebih lanjut, Ikmal berkata perubahan fizikalnya mula ketara selepas mencapai akil baligh, termasuk pertambahan ketinggian dan perubahan suara.ARTIKEL BERKITAN: Bukan seperti ‘haji bakhil’, Ikmal Amry perbetul salah faham perkataan kedekutARTIKEL BERKITAN: Ikmal Amry timang anak ketiga, dah ada nama untuk ‘baby boy’Dia juga menganggap wajah awet mudanya pada ketika ini adalah satu rezeki selepas mengalami proses akil baligh yang agak dianggap lewat.“Ketika akil baligh, ketinggian saya 165sm. Selepas itu, ketinggian saya naik dengan cepat. Suara mula pecah dan bentuk muka pun mula berubah. Kalau tidak, muka saya bulat sahaja dulu.“Ketika Tingkatan Lima pun muka saya masih seperti budak darjah enam. Sekarang saya sudah 32 tahun. Mungkin proses penuaan saya agak lambat. Saya anggap itu sebagai rezeki,” katanya.Pendedahan tersebut membuatkan Aznil atau lebih mesra disapa Pak Nil terkejut, malah dia turut bertanyakan pengalaman Ikmal sebelum mencapai akil baligh.Reaksi yang ditinggalkan netizen di ruangan komen.Pak Nil juga menyifatkan pelakon itu kelihatan awet muda selepas mengetahui usianya kini mencecah 32 tahun.Perkongsian tersebut menarik perhatian netizen yang rata-ratanya berpendapat lelaki lazimnya mencapai akil baligh sekitar usia 15 tahun.Bagaimanapun, segelintir mereka turut mengakui pernah melalui pengalaman serupa seperti Ikmal.