suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bukan seperti ‘haji bakhil’, Ikmal Amry perbetul salah faham perkataan kedekut

Segelintir pihak meluahkan rasa kurang senang terhadap kata-kata Ikmal.

GARA-GARA tersalah memilih perkataan dalam menulis di media sosial, pelakon Ikmal Amry disalah anggap sebagai seorang lelaki yang berkira dan kedekut.

Sedar perkara tersebut menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan netizen, Ikmal atau Mohd Zulikmal Amry Ghazali, 32, tampil memperbetulkan tanggapan segelintir pihak terhadap dirinya.

"Saya minta maaf atas penggunaan perkataan 'kedekut' yang telah menyinggung beberapa pihak. 'Berpada-pada' lebih sesuai," katanya dalam satu hantaran di Threads.

Perkongsian Ikmal di Threads. 

Ikmal menulis perkara tersebut sebagai respons selepas timbul salah faham terhadap kenyataannya sebelum ini.

Dalam satu hantaran berbeza, Ikmal mengakui dia seorang yang kedekut dalam berbelanja ketika keluar bersama isterinya semasa mereka bercinta.

Menjelaskan hal berkenaan, kata pelakon ini perkataan kedekut yang digunakan lebih membawa maksud berpada-pada dalam berbelanja.

ARTIKEL BERKAITAN: Ikmal Amry timang anak ketiga, dah ada nama untuk ‘baby boy’ 

ARTIKEL BERKAITAN: Ikmal Amry buka kisah lampau, beberapa kali dicabul... “Dia nak cium dan pegang bawah”

Ikmal dalam masa sama memberitahu dia tidak lokek untuk mengeluarkan duit selepas berkahwin dengan isterinya, Najla Samshul.

"Selepas perjumpaan pertama sehingga sekarang anak tiga dan lebih 10 negara kami travel, dia tak pernah keluar satu sen pun.

Perkongsian Ikmal tentang detik pertama berjumpa isteri menimbulkan salah faham netizen. 

"Sebelum berkahwin memang berpada-pada. Maksud kedekut itu adalah berpada-pada, bukan 'aji bajhil'. Ada beza tu," jelasnya.

Untuk rekod, Ikmal mendirikan rumah tangga dengan Najla pada 19 Disember 2020 dan mereka kini telah dikurniakan tiga orang cahaya mata.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain