suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gelang di tangan jadi perhatian, netizen tanya siapa hadiahkan? Ini jawapan spontan Ameera Khan

Ameera jawab isu gelang tangan yang diberi Jefri.

FOTO yang dimuat naik personaliti media sosial, Ameera Khan, mencuri perhatian netizen apabila gelang tangan yang dipakainya pula menjadi topik bualan.

Malah, seorang pengguna media sosial tampil meninggalkan komen dengan bertanyakan sama ada gelang berkenaan merupakan pemberian daripada seseorang.

Menyedari komen ditulis pengikutnya itu, Ameera, 26, menjelaskan dia tidak pernah menerima sebarang hadiah berbentuk gelang tangan daripada individu tersebut. 

Komen balas Ameera di Instagramnya. 

"Hmmm, saya tidak pernah dapat gelang tangan," katanya ringkas sambil meninggalkan emoji gelak. 

Rata-rata netizen dilihat memahami konteks jawapan tersebut dan ia dipercayai susulan hantaran yang dibuat pelakon Jefri Nichol di aplikasi Threads pada Jumaat. 

Sebelum ini, tular rakaman siaran langsung perkongsian Ameera yang mendedahkan sudah menghabiskan banyak duit untuk bekas teman lelakinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Jefri Nicol pertahan diri tuduhan guna wang dan kad kredit Ameera - “Saya tak pernah minta apa-apa, itu adalah penipuan“

ARTIKEL BERKAITAN: Threads Jefri Nichol kena serang, penuh komen ‘ore Kelate’... “Ada yang bisa translate?”

Ameera turut mendakwa dia menggunakan kad kredit sendiri untuk membayar bil ketika mereka keluar bersama.

Meskipun tidak menyebut nama mana-mana individu, namun ramai pengguna media sosial membuat andaian lelaki tersebut ialah Jefri. 

Susulan itu, Jefri tampil mempertahankan diri dengan menafikan tuduhan tersebut dan menjelaskan dia sebenarnya sudah menawarkan untuk membayar semula perbelanjaan berkenaan, namun tawaran itu ditolak. 

Jefri dan Ameera saling berbalas di media sosial. 

Jelasnya, perkara tersebut berlaku ketika mereka berada di Dubai apabila dia mahu membelikan sesuatu buat Ameera. 

Jefri bagaimanapun memaklumkan dia membelikan gelang tangan jenama Van Cleef sebagai hadiah buat Ameera. 

Jefri turut menegaskan dia bukan seorang yang suka meminta atau mengharapkan orang lain membiayai keperluannya kerana dia sentiasa bekerja keras untuk diri sendiri, keluarga dan orang yang disayangi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

Ibu Elfira Loy meninggal dunia