suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jefri Nicol pertahan diri tuduhan guna wang dan kad kredit Ameera - “Saya tak pernah minta apa-apa, itu adalah penipuan“

Pendedahan Ameera cemarkan nama baik Jefri.

PELAKON Indonesia, Jefri Nichol tampil mempertahankan diri susulan dakwaan dia menggunakan wang termasuk kad kredit milik bekas kekasihnya yang dipercayai Ameera Khan ketika mereka menjalin hubungan sebelum ini.

Jefri, 27, bagaimanapun menafikan tuduhan tersebut dan menjelaskan dia sebenarnya sudah menawarkan untuk membayar semula perbelanjaan berkenaan, namun tawaran itu ditolak oleh Ameera.

Menurut Jefri, perkara tersebut berlaku ketika mereka berada di Dubai apabila dia mahu membelikan sesuatu untuk bekas kekasihnya itu.

Penjelasan yang dibuat oleh Jefri.

“Baby (panggilan mesra Ameera Khan) belum move on ke? Ketika berada di Dubai, saya mahu membelikan sesuatu untuk dia tetapi penggunaan kad kredit saya mempunyai had.

“Saya gunakan kad kredit dulu. Kemudian saya mahu membuat pemindahan wang tetapi dia menolak. Akhirnya saya gantikan dengan membelikan gelang jenama Van Cleef,” katanya menerusi hantaran di Threads.

Dalam pada itu, Jefri menegaskan dia bukan seorang yang suka meminta atau mengharapkan orang lain membiayai keperluannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Threads Jefri Nichol kena serang, penuh komen ‘ore Kelate’... “Ada yang bisa translate?”

ARTIKEL BERKAITAN: Jefri Nichol jauh lebih kacak, Ikmal Amry tak selesa masing-masing ada kelebihan

Katanya, dia sentiasa bekerja keras untuk diri sendiri dan keluarga selain berusaha memberikan yang terbaik kepada insan tersayang.

“Untuk pengetahuan kalian, saya tidak pernah minta apa-apa, apatah lagi meminta dibayarkan.

“Saya sudah bekerja keras untuk diri sendiri, keluarga dan sentiasa melakukan yang terbaik untuk memberi sesuatu kepada insan tersayang.

Itu adalah penipuan atau kalian sebenarnya tidak mengenali saya.

JEFRI NICHOL

PELAKON

“Jadi sekiranya ada orang lain memberitahu perkara yang sebaliknya, itu adalah penipuan atau kalian sebenarnya tidak mengenali saya,” ujarnya.

Jefri turut menjelaskan dia mengambil keputusan untuk bersuara selepas dakwaan mengenai dirinya semakin tersebar.

“Saya tidak kisah sebenarnya tetapi kerana naratifnya ke mana-mana, saya perlu bersuara,” katanya.

Antara video pendedahan Ameera yang tular di media sosial.

Sebelum ini, tular rakaman siaran langsung memaparkan Ameera mendakwa dia menggunakan kad kredit sendiri untuk membayar bil setiap kali keluar berjanji temu bersama Jefri.

Untuk rekod, Ameera dan Jefri dikatakan mula rapat sekitar 2023 sebelum hubungan mereka berkembang menjadi percintaan pada awal 2024.

Bagaimanapun, hubungan pasangan itu dikhabarkan berakhir pada November 2025 selepas kedua-duanya memadam foto bersama selain tidak lagi mengikuti akaun Instagram masing-masing.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain