PENYANYI Lady Gaga dikatakan kini menghilangkan diri dan gagal dikesan oleh orang sekeliling termasuk rakan terdekat.Selepas kali terakhir dilihat pada Ogos, kehilangan penyanyi berkenaan sejak beberapa bulan lalu menjadi tanda tanya ramai. Bagaimanapun menurut laporan Daily Mail, sumber terdekat memberitahu Gaga atau nama sebenarnya Stefani Joanne Angelina Germanotta, 40, sudah melangsungkan perkahwinan secara senyap dengan tunangnya Michael Polansky.Gaga dikatakan sudah berkahwin dengan Polansky. Bahkan pasangan itu dikatakan mengambil keputusan untuk lari daripada perhatian umum dan memberi fokus kepada membina keluarga."Orang-orang terdekat rasa dia kahwin lari dengan Michael dan kini sedang berbulan madu."Mereka sedang rancang untuk memiliki anak," jelas sumber berkenaan.ARTIKEL BERKAITAN: Lady Gaga hanya duduk 15 minit di VMA, terus beredar lepas menang anugerah ARTIKEL BERKAITAN: Lady Gaga muncul di medan selera, nikmati mi udang dan milo dinasourPenyanyi itu bagaimanapun masih berkongsi gambar dan video di laman sosial miliknya.Untuk rekod, Gaga mengumumkan dia dan Polansky sudah bertunang ketika kedua-dua mereka hadir di acara Sukan Olimpik Paris 2024.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube