suria

Lady Gaga hanya duduk 15 minit di VMA, terus beredar lepas menang anugerah

Gaga sempat sampaikan ucapan penuh emosi.

TINDAKAN penyanyi Lady Gaga yang beredar awal sebaik sahaja diumumkan sebagai Artist of The Year di MTV Video Music Awards (VMA) 2025 mendapat perhatian ramai.

Memetik laporan E Online,  Gaga hanya sempat berada di UBS Arena, New York selama 15 minit sahaja sebelum memohon diri untuk beredar.

“Saya harap saya dapat tunggu dan menikmati semua persembahan hebat malam ini, tapi saya perlu kembali ke Madison Square Garden,” katanya ketika berucap di atas pentas.

Gaga tak nak buang masa untuk bertemu peminat.

Difahamkan Gaga juga meminta pihak penganjur membuat pengumuman bagi kategori itu di awal acara berlangsung. 

Penyanyi lagu Bloody Mary  itu kemudiannya perlu ke konsert sendiri, iaitu siri jelajah Mayhem Ball, yang berlangsung serentak di lokasi lain kira-kira 29 kilometer dari tempat acara VMA diadakan.

Meskipun masa terhad, Gaga tetap meluangkan sedikit masa untuk menyampaikan ucapan penuh emosi, termasuk menghargai peminat dan rakan artis lain yang hadir malam itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Lady Gaga batal konsert saat akhir, netizen dakwa suara rosak terkena sampuk 'Pulau Patung'

ARTIKEL BERKAITAN: Lady Gaga muncul di medan selera, nikmati mi udang dan milo dinasour

Lebih mencuri perhatian, Gaga turut menyebut nama tunangnya, Michael Polansky, yang dikatakan menjadi inspirasi di sebalik lagu popular Blade of Grass.

“Untuk cinta hati saya, Michael, mencipta lagu tahun ini bersama kamu adalah satu mimpi indah. Saya hadiahkan kemenangan ini untuk kamu,” ujarnya.

Kemenangan Gaga itu sekali gus mengalahkan persaing lain seperti Bad Bunny, Beyonce, Taylor Swift dan Kendrick Lamar.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain