PELAKON Indonesia, Irish Bella yang pernah berkongsi impian untuk berkahwin dengan lelaki kaya akhirnya menjadi kenyataan.
Menerusi perkongsian video di TikTok, Irish, 29, dilihat mengikuti trend popular yang mengajak pengguna mendedahkan impian mereka yang telah menjadi kenyataan.
Kata Irish, maksud kaya itu bukan sekadar dari sudut kewangan, sebaliknya merangkumi pelbagai aspek kehidupan berumah tangga.

Irish sebelum ini pernah menjalani hubungan toksik bersama Ammar.
"I hope I marry a rich man (saya harap dapat bernikah dengan lelaki kaya).
"Kaya dalam cinta dan kasih sayang, perhatian suami, keseronokan, kesetiaan, kekeluargaan, kesihatan serta kaya dalam memahami," tulisnya.
Dalam hantaran dibuat, Irish turut berkongsi beberapa momen manis bersama suaminya iaitu Haldy Sabri termasuk saat bahagia mereka bersama anak-anak.
ARTIKEL BERKAITAN: Semua duit Ammar Zoni dipegang bekas isteri, ramai mula salahkan Irish Bella punca cerai
ARTIKEL BERKAITAN: Baru cerai 9 bulan, Irish Bella ada sebab pilih tamat zaman janda
Perkongsian tersebut menerima pelbagai reaksi positif netizen yang meluahkan rasa syukur melihat aktres berkenaan akhirnya sudah bertemu dengan lelaki tepat.
"Bertahun-tahun hidup dalam hubungan toksik bersama bekas suami, Irish akhirnya berani ambil keputusan untuk keluar daripada masalah itu (bercerai).
"Gembira lihat kehidupan Irish dengan suami sekarang. Kita memang kena keluar daripada hubungan toksik yang menyakitkan supaya boleh mengecapi kebahagiaan sebenar," tulis netizen.

Irish bernikah dengan Haldy pada Oktober tahun lalu.
Untuk rekod, Irish pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Ammar Zoni pada 28 April 2019 namun bercerai pada 1 Februari tahun lalu.
Pada November 2023, Irish nekad menfailkan cerai terhadap Ammar kerana tidak lagi mampu menahan sikap aktor itu yang merupakan seorang penagih dadah.
Irish kemudiannya menamatkan zaman janda dengan Haldy pada 19 Oktober tahun lalu.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


