suria

Salah beri ucapan, peminat Ariana Grande berkecil hati... Rasa tidak dihargai 

Ucapan Ariana cetus pelbagai spekulasi netizen.

UCAPAN penyanyi Ariana Grande ketika menerima trofi Anugerah Pop Terbaik di MTV Video Music Awards (VMA) 2025 menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan peminat.

Ini kerana ramai beranggapan butir katanya itu seolah-olah hanya memberi penghargaan kepada kumpulan tertentu yang menyokong kerjaya seninya.

Dalam ucapan kemenangannya, Ariana, 32, merakamkan penghargaan kepada para peminat selain mengucapkan terima kasih kepada ahli terapi dan golongan homoseksual.

Ariana memenangi tiga kategori di VMA.

"Terima kasih kepada peminat, terapi saya dan juga golongan gay. Saya sayang awak," kata Ariana. 

Kenyataan itu mengundang pelbagai reaksi di media sosial dengan sebahagian mendakwa ucapan berkenaan meminggirkan peminat lain yang setia menyokongnya sejak awal.

Malah ada juga berpendapat penyanyi itu sengaja mencuri tumpuan golongan yang mengamalkan hubunga sejenis. 

"Penat saya sokong dia daripada awal, tapi golongan itu juga yang dapat spotlight. 

ARTIKEL BERKAITAN: Terlalu sibuk kerja, rakan risau Ariana Grande sering lupa makan

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas 2 tahun kahwin, Ariana Grande fail cerai kerana tiada lagi persefahaman

"Sepatutnya cakap terima kasih secara umum sahaja. Tak perlu spesifik pun!" kata netizen. 

Bagaimanapun, ada juga mempertahankan Ariana dengan mengatakan dia hanya ingin menzahirkan rasa terima kasih kepada pihak yang banyak membantu serta memberi semangat ketika dia berdepan kesukaran dalam kehidupan peribadi dan karier.

Untuk rekod, Ariana memenangi kategori Pop Terbaik menerusi lagu Brighter Days Ahead yang berjaya mengetepikan pencabar hebat lain seperti Bruno Mars, Lady Gaga, Ed Sheeran, Rosé dan Sabrina Carpenter.

Selain itu, Ariana turut membawa pulang dua lagi trofi iaitu Anugerah Video Terbaik dan Anugerah Video Panjang Terbaik.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain