suria

Terlalu sedih selepas tunang meninggal dunia, Marshanda terfikir nak hilangkan diri...Mahu jual semua identiti

Kehilangan tunang dua tahun lalu antara titik terendah dalam hidup Marshanda.

KEHILANGAN tunang tersayang yang meninggal dunia secara tragis dua tahun lalu meninggalkan kesan yang cukup mendalam buat penyanyi dan pelakon Marshanda.

Bukan sekadar bersedih malah Marshanda atau Andriani Marshanda, 36, juga merasakan pemergian lelaki yang dikenali sebagai B itu memberi satu tekanan besar buatnya. 

Dia juga pernah terfikir untuk menghilangkan diri termasuk menjual akaun Instagram peribadi miliknya yang sudah mempunyai lebih 7 juta jumlah pengikut. 

Marshanda pernah nak jual IG miliknya kepada Luna Maya.

Marshanda pernah nak jual IG miliknya kepada Luna Maya.

“Saya sampai hantar mesej siaran WhatsApp kepada Luna Maya dan beberapa rakan artis, beritahu saya nak jual Instagram saya dengan harga tak masuk akal, asalkan terjual,” katanya.

Tambah penyanyi ini dengan cara sebegitu dia merasakan tidak lagi menjadi perhatian umum. 

Susulan kejadian yang berlaku, Marshanda juga pernah menyimpan hasrat untuk tidak lagi aktif dalam dunia seni. 

“Pada waktu itu, saya rasa mahu lari daripada semua benda. Sampaikan saya rasa macam dah mati.

ARTIKEL BERKAITAN: Kekasih Marshanda terjatuh dari apartment, rancang nikah sebelum meninggal dunia

ARTIKEL BERKAITAN: Puasa 21 jam dan amal IF, Marshanda berjaya turun berat badan 20 kilogram

"Saya nak jual IG dan hilangkan semua identiti sebagai Marshanda yang selama ini orang kenal,” jelasnya.

Untuk rekod, tunang Marshanda, B, meninggal dunia selepas terjatuh dari balkoni sebuah apartmen di Jakarta, Indonesia. 

Laporan autopsi mengesahkan B mengalami serangan jantung sebelum terjatuh.

Walaupun diuji dengan kehilangan besar, Marshanda terus berusaha untuk kuat dan bangkit, mencari semula dirinya demi masa depan yang lebih baik.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain